Sunday, November 28, 2010

KegElaPaN,KeSeDiHaN dAn KeGeMbIRaAn



aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. mempunyai 5 adik beradik. aku anak ketiga dalam keluarga tersebut. sejak kecil aku dijaga oleh orang gaji. mak dan ayah ku sibuk bekerja mencari duit untuk menyara kami sekeluarga. selama ini hubungan ku dengan keluarga tidak begitu baik. dari kecil lagi aku tidak rapat dengan keluargaku. yang aku rapat hanyalah dengan orang gajiku dan abangku. merekalah tempatku untuk mencurah segala kasih sayangku. diantara adik-beradik yang lain, aku yang berbeza. aku tidak seperti mereka yang sentiasa di beri perhatian lebih-lebih lagi adik bongsu ku dan akakku.

mereka selalu di bangga-banggakan oleh kedua ibubapaku. kemudian aku dah terbiasa dengan semua itu, aku tidak kisah tetapi dalam lubuk hatiku aku sentiasa mengharapkan mereka memahamiku dan sentiasa menyokongku. semasa aku darjah satu, aku tidak mempunyai ramai kawan. diantara kawan-kawanku, aku berkawan baik dengan nazruddin. dia banyak membantuku dan menolongku dalam pelajaranku kerana ketika itu aku lemah dalam pelajaran ku. banyak kenangan ku bersama dia. dia seorang yang baik, selalu membantu ku dan sentiasa bersama dengan ku. aku selalu rasa gembira dan selesa berkawan dengannya. apabila aku berumur 8 tahun, aku tidak sekelas dengannya. dia memasuki kelas teratai, aku memasuki kelas dahlia walaupun begitu ketika kelas pendidikan islam aku sekelas dengannya.

setelah habis kelas pendidikan islam di kelasnya, dia selalu menghantar aku balik ke kelas aku. dia tidak penah jemu berkawan denganku.aku rasa gembira bila aku ingat peristiwa tersebut. tpi pada akhir tahun 1998, aku menerima berita sedih daripadanya. aku ingat lagi waktu itu aku menunggu kedatangan ayahku ke sekolah kerana ada hari report kad jadi aku menunggu ayahku di luar kelas. lama aku menunggu kedatangan ayahku tiba2 aku ternampak dia dari jauh menuju ke arahku. setelah dia sampai di hadapanku, aku tidak memandangnya tetapi aku memandang sebelah dia seorang perempuan muda dan seorang budak perempuan kecil yang comel lingkungan 4 atau 5 tahun lalu aku senyum memandang mereka. kemudian dia memperkenalkan mereka kepadaku. aku terkejut bila dia memberitahuku kedua2 perempuan itu mak dan adik perempuan dia dan aku meyalam tangan ibunya.

sebernanya aku merasa pelik kenapa dia datang ke kelas aku waktu itu lalu aku menanyakan kepada dia kenapa dia datang ke kelasku. kemudian dia memberitahuku yang dia akhir bersekolah di sekolah tasik aku betul2 sedih ketika itu kerana aku akan kehilangan orang yang aku sayang. aku amat menyayangi dia kerana dia seorang kawan yang baik bagi diriku dan itu juga lah akhir pertemuan aku dengan dia. selepas itu aku tidak penah berhubung dengannya yang aku tahu dia belajar di gombak dan rumahnya digombak itu sahaja. dan selepas ketiadaan dia disisiku, aku berdikari dan selalu melindungi diriku daripada lelaki.

kelakuan ku dari seorang lemah lembut dan kuat menangis, bertukar menjadi seorang tomboy. aku selalu bergaduh dengan kawan2 sekelas ku dan kawan lakiku yang lain. aku selalu melindungi kawan2ku jika kawan2 ku kne buli dengan budak2 laki nakal. aku juga selalu melanggar peraturan sekolah dan ibubapa ku pening dengan sikap kenakalan ku. setiap kali aku melakukan kesalahan aku tidak penah serik sehinggakan kawan2 perempuan ku menasihati ku supaya menjadi baik tapi aku tidak penah peduli dan kisah tentang perasaan orang lain. walaupun begitu kawan2ku seperti atikah, mimi, adila, shila, diana, dila, atin,lisa,nabilah dan lain2 tetap kawan dengan ku walaupun perangaiku kasar. dan apabila aku ingat kembali kenanganku aku pasti tersenyum. bagiku kenangan sewaktu aku kecil adalah kenangan yang begitu manis dan aku tidak akan sesekali melupakan kenangan manis itu.