Friday, December 3, 2010

mEnYaYaNgi, MeNgAsiHi DaN mEnCinTai


salahkah aku sebagai manusia mempunyai perasaan mengasihi menyayangi dan mencintai sesuatu supaya aku mudah untuk menghargainya. salahkah kalau aku mempunyai sikap ego apabila dalam sesuatu situasi??? salahkah kalau aku kadangkala tidak meluahkan rasa sayang itu dengan percakapan tapi lebih kepada perbuatan??? salahkah aku kalau aku tidak mempamerkan sifat seberna aku kepada orang lain??? aku lebih suka sembunyikan diri dari menonjolkan diri. kerana aku tidak mahu lagi dilukai dan disakiti. aku tak nak semua itu berlaku lagi dalam kehidupan ku.

sekarang ini aku terumbang-ambing.keadaan aku dalam resah ,keliru, sedih dan tertekan. aku terasa sunyi sangat. ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku teruskan perjuangan ku ini... janganlah kau biar kan aku terus rasa lemah dan putus asa. Kau hadirkan dalam hidupku ini seorang teman yang betul-betul boleh di jadikan teman. sebernanya aku penat dengan semua ini tapi aku nak buat bagaimana lagi, aku terpaksa harunginya dengan tabah. sebab setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya. mungkin dengan ujian yang aku lalui ini membuatkan aku lebih matang dan lebih berdikari.

hari ini tiba-tiba aku tak ada mood. aku sedih jer. aku rasa diperbodohkan je. hishhh serabutnya. arghhhhhhhhhh nak nangis je..ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ku ini. aku tidak mahu hidupku jadi begini tapi ntahlah aku tak tahu kenapa aku jadi begini??? kenapa aku tidak mampu menghadapi ujian yang Kau berikan kepadaku. kenapa aku lemah sangat?? kenapa aku mudah di perkotak-katik oleh orang?? kenapa?????

aku sendiri pun tidak tahu.kalau lah di berikan peluang lagi sekali aku ingin perbetulkan segala-galanya yang telah aku lakukan dan aku tidak ingin hidup seperti ini. aku harap sangat, aku boleh berubah menjadi baik dan menjadi anak solehah terhadap kedua ibu bapaku.aku harap juga aku tabah dan sabar apa yang berlaku dalam kehidupan ku ini. mungkin aku lepas ini lebih menjadi kuat dan tidak kisah dengan apa yang orang kata tentang aku.biarlah orang nak kata tentang aku.. asalkan aku tak menyibuk hal diorang pun...aku tak kisah kalau memang aku ditakdirkan takde kawan yang boleh betul-btul menjadi kawan. biarlah apa yang berlaku selepas ini aku hanya berserah sahaja. jika aku menemui seorang sahabat yang ikhlas dan jujur menyanyangiku akan aku menjaganya dengan sebaik mungkin.

penah aku terfikir kenapa Allah selalu pertemukan aku dengan orang yang pelik-pelik mungkin sebab perangai ku yang pelik dan susah nak difahami?? atau mungkin aku ini masih tidak boleh menjadi kawan yang baik kepada kawan ku yang lain?? mungkin juga aku tidak penah fikir kan tentang perasaan orang yang ada di sekelilingku?? mungkin aku ini terlalu pentingkan diri sahaja sehinggakan aku sanggup melukakan hati orang yang aku sayang.. dan mungkin aku tidak sedar yang aku lakukan selama ini banyak yang terluka dan terasa hati dengan ku?? ntah aku sendiri tidak dapat jawab semua soalan yang timbul dalam pemikiran ku ini.......