Wednesday, March 9, 2011

IkHlaS KaN HaTi Ku


hari ini kehidupan aku seperti biasa... tiada kegembiraan langsung aku rasai hari ini.. yang ada kesedihan, sakit hati, benci, marah dan pelbagai lagi perasaan yang aku rasai hari ini... bila aku fikir hari demi hari aku rasa diri aku semakin hiprokrit... dan aku semakin pandai menipu orang sekeliling ku tentang perasaan ku...  tapi sampai bila lah aku perlu menipu diri aku ni... buat masa ni aku mampu lagilah untuk berpura-pura... tapi akan datang boleh ke aku berpura-pura....


entahlah aku tak tahu cam ne aku nak buat lagi.. aku cuba sembunyikan perasaan aku yang sebenar... tapi kenapa  perasaan yang dulu sayang sekarang bertukar benci dan menyampah kenapa jadi cam ni... kenapa... aku pun tak tahu.. mungkin apa yang terjadi semua ni semuanya salah aku... ya.. aku rasa memang salah aku.. sebab kenapa aku terlalu lembut dengan mereka semua kenapa aku biarkan mereka  terus terusan pijak kepala aku.... kenapa aku biarkan mereka perbodoh-bodohkan diri ku kenapa nad kenapa engkau jadi seperti ni nad... engkau dulu tak penah cmni tak penah  biarkan orang buat engkau cm ni.. kenapa engkau berubah sampai begini nad... kenapa nad....... ????????


entahlah aku tak tahu kenapa aku boleh jadi  begini.... aku harap aku boleh ikhlas kan hati aku dalam berkawan dengan mereka... aku harap hati aku ikhlas nak bantu mereka bila mereka susah dan aku harap aku masih ikhlas nak bergurau senda dengan mereka semua... sekarang ni aku cuba nak kembalikan kemesraan aku dengan mereka semula..... aku nak seperti dulu.... aku nak kemesraan yang dulu tanpa ada sedikit perasaan benci or menyampah....dan  apa yang aku harap jadilah kenyataan.. aku dah tak sanggup lagi hendak hidup dalam kepura-puraan dah.... cukuplah setakat ini aku taknk seksa dan dera hati aku lagi... aku dah tak sanggup dah... ini pun tunggu masa untuk aku lepaskan segala perasaan yang aku alami ini..


Ya Allah Engkau kuatkan lah hatiku... Engkau teguhkanlah hati ku dalam menghadapi segala dugaan dan ujian Mu Ya Allah aku mohon pada Mu... berikanlah ketenangan dalam hati ku ini.... aku mohon sangat pada Mu ya Allah.... aku harap ada sinar bahagia untuk diriku satu hari nanti..... Amin ya rabbal al amin

Monday, March 7, 2011

kEliRu DeNgAn KeAdAaN DiRiKu


sejak akhir ni aku tidak dapat memahami diriku . aku tidak mengerti perasaan ku... aku keliru dan serabut dengan diriku.. aku seperti tidak mengenali diriku lagi. aku sebenarnya tidak faham apa masalah aku yang sebenarnya... kenapa aku ada perasaan benci dan tidak suka dengan kawan ku.. kenapa aku lebih selesa tinggal seorang diri .. kenapa aku ada perasaan seperti itu.. kenapa aku jadi begini kenapa??? ... aku merasa terseksa bila ada perasaan seperti ini... terseksa sangat sehingga hati aku merasa sakit yang teramat ... aku tidak mampu bertahan kalau keadaan ini terus terusan seperti ini..

Ya Allah Ya Tuhan ku engkau berikan lah aku kekuatan hati untuk aku tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan ini... Jangan biarkan aku terus terusan jadi begini Ya Allah.. Aku mohon PadaMu Ya Allah. aku sekarang ni terasa amat lemah sekali... aku tak mampu untuk melawan perasaan aku ini... tolonglah kenapalah aku jadi seperti ini... kenapa.. kenapa aku diuji sedemikian rupa.... walaupun ujian ku tidak seberat mana tapi aku tak mampu untuk bertahan lagi.. aku tidak mampu untuk senyum... tidak mampu untuk mengembirakan hatiku... dan orang-orang disekelilingku... dan aku tidak mampu lagi untuk berpura-pura yang aku ini dalam keadaan gembira...

sampai bila aku harus lalui semua ini. sampai bila aku perlu dalam keadaan sebegini.... aku benci keadaan begini aku tidak suka aku nak diri aku yang dulu. diri ku yang penuh dengan kegembiraan dan sentiasa dalam keadaan tenang walaupun ada masalah... tapi itu dulu sewaktu aku masih sekolah rendah.. bila aku naik sekolah menengah segala-galanya berubah sekelip mata.. aku menjadi seorang yang terlalu sensitif dan selalu dipermainkan oleh kawan2 ku...

kadang2 aku juga diperbodohkan oleh kawan ku... aku tahu aku ni hanya alat untuk diorang saja tapi aku perlu kan kawan aku tidak mampu untuk hidup sendirian.... tapi bila aku fikirkan balik.. kenapa aku perlu lakukan semua ini.. kenapa aku terlalu penting kawan sehingga sanggup biarkan kawan aku main2 kan aku dan perbodohkan aku.. selama ini aku ikhlas ingin berkawan dengan diorang .. aku ikhlas bantu diorang dalam kesusahan.. tapi kenapa kadang2 diorang balas aku dengan kesakitan dan kepedihan.. dalam hati ku kenapa.. apa salah aku??

apa dosa yang aku lakukan sehingga diorang sanggup buat diriku seperti ini... mungkin aku ada buat kesalahan atau kesilapan pada dri diorang.. tapi kenapa diorang tak terus terang dengan aku... apa kesalahan yang aku lakukan sehingga diorang balas seperti ini kat aku... aku tak mengerti... aku cuba untuk menjadi kawan yang baik aku cuba untuk memahami mereka tapi apa lagi yang mereka mahu aku lakukan... Ya Allah tolonglah aku Ya Allah .. aku harap segala penderitaan yang aku alami sekarang ini akan berakhir juga tidak lama lagi.. dan aku harap aku kuat dan menjadi lebih matang apabila menjalani kehidupan di dunia ini.... InsyAllah ...