hari ini kehidupan aku seperti biasa... tiada kegembiraan langsung aku rasai hari ini.. yang ada kesedihan, sakit hati, benci, marah dan pelbagai lagi perasaan yang aku rasai hari ini... bila aku fikir hari demi hari aku rasa diri aku semakin hiprokrit... dan aku semakin pandai menipu orang sekeliling ku tentang perasaan ku... tapi sampai bila lah aku perlu menipu diri aku ni... buat masa ni aku mampu lagilah untuk berpura-pura... tapi akan datang boleh ke aku berpura-pura....
entahlah aku tak tahu cam ne aku nak buat lagi.. aku cuba sembunyikan perasaan aku yang sebenar... tapi kenapa perasaan yang dulu sayang sekarang bertukar benci dan menyampah kenapa jadi cam ni... kenapa... aku pun tak tahu.. mungkin apa yang terjadi semua ni semuanya salah aku... ya.. aku rasa memang salah aku.. sebab kenapa aku terlalu lembut dengan mereka semua kenapa aku biarkan mereka terus terusan pijak kepala aku.... kenapa aku biarkan mereka perbodoh-bodohkan diri ku kenapa nad kenapa engkau jadi seperti ni nad... engkau dulu tak penah cmni tak penah biarkan orang buat engkau cm ni.. kenapa engkau berubah sampai begini nad... kenapa nad....... ????????
entahlah aku tak tahu kenapa aku boleh jadi begini.... aku harap aku boleh ikhlas kan hati aku dalam berkawan dengan mereka... aku harap hati aku ikhlas nak bantu mereka bila mereka susah dan aku harap aku masih ikhlas nak bergurau senda dengan mereka semua... sekarang ni aku cuba nak kembalikan kemesraan aku dengan mereka semula..... aku nak seperti dulu.... aku nak kemesraan yang dulu tanpa ada sedikit perasaan benci or menyampah....dan apa yang aku harap jadilah kenyataan.. aku dah tak sanggup lagi hendak hidup dalam kepura-puraan dah.... cukuplah setakat ini aku taknk seksa dan dera hati aku lagi... aku dah tak sanggup dah... ini pun tunggu masa untuk aku lepaskan segala perasaan yang aku alami ini..
Ya Allah Engkau kuatkan lah hatiku... Engkau teguhkanlah hati ku dalam menghadapi segala dugaan dan ujian Mu Ya Allah aku mohon pada Mu... berikanlah ketenangan dalam hati ku ini.... aku mohon sangat pada Mu ya Allah.... aku harap ada sinar bahagia untuk diriku satu hari nanti..... Amin ya rabbal al amin
0 My LOvElY fRiEnDs:
Post a Comment