Thursday, July 21, 2011

AsSiGmEnT oH AsSiGmEnT


Dah lama tak Update Blog kesayangan aku ni..... rasa rindu pula pada blog aku ni.... sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku memang sibuk sikit dengan kelas dan assigment... minggu ni memang sibuk.. sampai kan aku rasa penat je....assigment pun dah mula banyak... dah tu kelas aku yang aplikasi komp tak masuk-masuk lagi.. macam mana ni....runsing-runsing.... 

 kelas pengantar pun sama juga... aku jadi takut nak masuk 2 kelas ni... tapi apa -apa pun aku mesti kuat aku kena habiskan mata pelajaran yang aku ulang sem ni... aku tak nak tangguh lagi dan aku dah tak sanggup dah nak duduk kat kolej aku ni ..hehehe.. :P 

aku harap sem ni aku kuat dan aku boleh tempuh semua dugaan yang Allah berikan pada diri ku... aku taknak dah jadi lemah atau putus asa... aku taknak dah jadi macam sem-sem lepas... yang hidup tak tentu hara je... biarla aku habis kan pengajian aku kat kolej ni dengan cemerlang... aku harap sangat...

oklah sampai disini jerla coretan dariku... sebab mata aku petang-petang ni dah ngatuk jadi aku nak tido jap la hehehe..... salam sayang untuk semua...  

P/s assigment berlambak-lambak bila lanak siap hehe :)

Saturday, July 2, 2011

LuaHan HaTi KeCiK Ku


tinggal sehari lagi aku nak pergi ke kolej untuk pendaftaran.. tapi aku rasa seperti tak sedia je lagi.. kenapa ek??? kenapalah aku jadi macam ni.. setiap kali buka sahaja semester baru perasaan ini mesti ada kat diri aku.. aku rasa takut, gelisah, tertekan dan pelbagai perasaan lagi yang aku rasai.. mungkin sebab aku dah terlalu lama cuti ke ataupun aku sendiri takut nak lalui lagi kehidupan di sana. aku sendiri pun tahu... 

sekarang ini aku cuba untuk menjadi kuat dan tabah apabila menghadapi  suatu masalah. aku cuba bangkit semula supaya aku bersemangat semula... aku harap aku boleh bangun dari kesedihanku ini.aku juga harap selepas ini aku lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan.walaupun kadang-kadang aku merasa  putus asa dan lelah.. tapi  aku terpaksa juga lalui semuanya. kerana ianya telah diaturkan oleh Allah untuk hambanya...

dan aku harap semester kali ni aku dapat buat yang terbaik.. janganlah aku main-main lagi.. aku dah tak sanggup nak ulang semester lagi... aku tahu tu salah aku sendiri tapi biarla kali ni aku buat yang terbaik untuk diri aku, kelurga aku dan yang paling penting aku nak buktikan kepada semua yang nadzirah ni boleh berjaya dan satu hari nanti berguna juga untuk masyarakat, negara dan Agama juga....

dan masa aku tulis coretan hati ku ni... aku sibuk mendengar lagu korea....tak boleh blah kan...dengar lagu jiwang-jiwang macam tk sesuai je dengan jiwa aku hehehe....entah aku sendiri pun tak tahu kenapa malam macam ini aku layan lagu jiwang pula haha.... ok sampai disini coretan hati ku...akhir sekali aku sediakan video lagu yang aku suka hehe


p/s lagu ni tak ada kaitan pun dengan entry kali ni saja-saja je letak hehe... :)