Saturday, July 2, 2011

LuaHan HaTi KeCiK Ku


tinggal sehari lagi aku nak pergi ke kolej untuk pendaftaran.. tapi aku rasa seperti tak sedia je lagi.. kenapa ek??? kenapalah aku jadi macam ni.. setiap kali buka sahaja semester baru perasaan ini mesti ada kat diri aku.. aku rasa takut, gelisah, tertekan dan pelbagai perasaan lagi yang aku rasai.. mungkin sebab aku dah terlalu lama cuti ke ataupun aku sendiri takut nak lalui lagi kehidupan di sana. aku sendiri pun tahu... 

sekarang ini aku cuba untuk menjadi kuat dan tabah apabila menghadapi  suatu masalah. aku cuba bangkit semula supaya aku bersemangat semula... aku harap aku boleh bangun dari kesedihanku ini.aku juga harap selepas ini aku lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan.walaupun kadang-kadang aku merasa  putus asa dan lelah.. tapi  aku terpaksa juga lalui semuanya. kerana ianya telah diaturkan oleh Allah untuk hambanya...

dan aku harap semester kali ni aku dapat buat yang terbaik.. janganlah aku main-main lagi.. aku dah tak sanggup nak ulang semester lagi... aku tahu tu salah aku sendiri tapi biarla kali ni aku buat yang terbaik untuk diri aku, kelurga aku dan yang paling penting aku nak buktikan kepada semua yang nadzirah ni boleh berjaya dan satu hari nanti berguna juga untuk masyarakat, negara dan Agama juga....

dan masa aku tulis coretan hati ku ni... aku sibuk mendengar lagu korea....tak boleh blah kan...dengar lagu jiwang-jiwang macam tk sesuai je dengan jiwa aku hehehe....entah aku sendiri pun tak tahu kenapa malam macam ini aku layan lagu jiwang pula haha.... ok sampai disini coretan hati ku...akhir sekali aku sediakan video lagu yang aku suka hehe


p/s lagu ni tak ada kaitan pun dengan entry kali ni saja-saja je letak hehe... :)

0 My LOvElY fRiEnDs: