Friday, November 25, 2011

HaRi YaNg MeMeNaTkAn


 sudah lama aku tak update blog aku ni..  aku rasa dah bersarang kot blog aku ni dengan sarang labah-labah.. haha... tipu aja mana la datang pula labah-labah tu ek.. takkan lah dia boleh  hidup dalam blog aku kan.. hehe.. sebelum aku merapu lagi jauh, baik  aku tumpukan dengan  cerita aku yang aku akan bakal cerita disini..

hari ni aku rasa gembira walaupun penat.. yelah aku dah lama tak kemas rumah.. bersama-sama adik aku... aku rasa teruja bila dapat bersihkan rumah sama-sama dengan adik aku.. lepas sahaja aku masak untuk sarapan pagi, kitorang pun lepak-lepak tengok tv.. masa tu aku dan adik aku layan tengok cerita kartun kat tv 2 .. aku pun tak ingat tajuk apa.. tapi yang pasti cerita tu tentang semut dan belalang.

selepas habis saja cerita di tv.. bemula la operasi kitorang mengemas rumah... daripada luar rumah sampai lah dekat dapur. kitorang bersih habis.. lepas tu yang buat aku rasa seronok masa cuci kereta mama aku.. aku dah lama gila tak tolong mama aku cucikan kereta dia.. siap kitorang main air lagi habis basah baju..yelah alang-alang baju dah basah sikit, apakata basahkan semua je...hehe...

kemudian siap je basuh kereta dengan lantai dekat luar rumah, aku dan adik aku berkampung pula kat luar untuk basuh baju. aku rasa dah macam orang dulu-dulu dah. yelah  orang dulu basuh baju tepi sungai, tapi aku basuh baju dekat dengan longkang yang air mengalir ..tu yang bezanya .. yelah dekat rumah aku sungai tak ada tapi parit adalah.. takkan la pula aku nak basuh baju kat parit kan betul tak?? hehe..

lepas aku dah siap dah semua kerja aku kat luar rumah, tiba masanya untuk mengemas di dapur pula.bila masa ada aku membongkar semua barang-barang, macam -macam yang aku jumpa ubat, pil, gula-gula zaman bila entah bila, lepas tu yang paling aku rasa geli de jumpa pula kuku tu direndam dalam air.. tu aku tak tahu dia di rendam berapa tahun tapi memang geli la sebaik adik aku yang buang bukan aku kalau tak eee.. memang tak suka la aku... 

bila segala-segalanya dah settle aku cuba ingat ingat apa yang belum settle ... rupa-rupanya ada lagi yang tak settle... wah banyak nya kerja rumah yang kena buat.. waktu tu aku baru faham perasaan mamaku ketika dia mengemas rumah.. memang betul-betul meletihkan..  tetapi aku bangga dengan mama ku walaupu dia penat  dia tak penah merungut.. mama sentiasa sabar dalam menyiapkan tugasnya.. aku betul -betul sayang mama ku selamanya dan tiada siapa yang boleh gantikan tempatnya.. 

waktu tu aku dah rasa terlalu letih, sebab aku tak tidur semalaman. jadi badan aku pun tak dapat nak bertahan dengan lama.. bila dah siap mengemas dapur... aku pun terlelap diruang tamu ku... sedar-sedar dah malam. akhirnya aku bangun dan masak untuk makan malam pula...  apa-apa pun bagi aku hari ni hari istimewa buat aku... aku gembira sebab dapat luangkan masa dengan adik aku yang bongsu tu...  i can't forget  this moment.. and i  always remember  this memories :)


0 My LOvElY fRiEnDs: