Saturday, December 3, 2011

OmBaK RiNDu

Sekarang ni  ramai yang tengah memperkatakan tentang Filem Ombak Rindu.. Ada yang cakap best, ada yang cakap macam tonton filem kelakar ada yang cakap tak faham jalan ceritanya tapi pendapat aku, aku tak tahu sebab aku tak tengok lagi. Walaupun aku tak tengok lagi, tapi aku dah baca novelnya. 

Novelnya memang terbaiklah. Aku suka baca novel Ombak Rindu tu. Baca berulang kali pun tak rasa bosan. kalau tak silap Novel Ombak Rindu ni dah lama gila. Masa aku sekolah rendah ke menengah lagi,aku tak pasti. tapi yang pasti waktu tu aku masih bersekolah lagi waktu tu.

Aku rasa nak pergi tengok je. Tapi tak ada kawan nak pergi tengok. kawan-kawan aku masing-masing dah balik ke u. Jadi tinggal aku je yang masih bercuti. Kalau nak ajak kawan yang lain, malas pula. Sebab ada je alasan nanti bagi kat aku. 

Jadi terpaksalah aku duduk rumah diam-diam. Ataupun nanti aku dah balik kolej mungkin aku ajak kawan baik aku temankan aku pergi tengok cerita tu. Wah tak sabarlah aku nak pergi tengok cerita Ombak rindu ni. Dahlah pelakon-pelakonnya  best dan mantap. 

 Memang  sesuailah Aaoran Aziz tu jadi watak utama. Dahlah Hensem, Romantik, Segak dan bila tengok dia berlakon memang terbaiklah lakonan dia. Tengok tu aku dah mula dah  berangan.Oklah sebelum aku  merepek lagi panjang disini, baiklah aku  berhenti menulis sebelum melarat.. ok kawan-kawan selamat bercuti hujung. =)

6 My LOvElY fRiEnDs:

cik mun said...

mun pun xtgk lagi cite ni..nak tgk!!!

Miss Nadya said...

thanks syg sbab sudi doa kesihatan nad..amin..:)

sakura said...

sama2 dear <3 jaga diri elok2 yer :)

sakura said...

Cik mun sama lah kita.. jom kita tgk sama2 hehe :)

Nafisya Ismail said...

cantik blog kamu! boleh buat tutorial untuk header tu? yg kamu tulis dunia ilhamku dan letak gambar... help me? hehehe

sakura said...

terima kasih... okey kalau ada masa nanti saya buat toturial untuk ni yer.. sebab sekrg ni tgh buzy sikit maaf yer