Sunday, December 11, 2011

Kontest senyuman menawan.


Syarat-syarat untuk join kontest ni 

1#  tak wajib kami. huda dan daten yusfarina 

2#  rajin2 kan melawat page para sponsor kami.

3# tepek banner pastu direct link ke blog huda

4# buat satu entry  letak satu gamba tengah senyum. tak kesah laa senyum menggoda etc. kami terima. :]
lebih pon takpe : D

url entry, letak di bahagian komen blog ini

5# tag dua orang rakan anda. * tak wajib.
terbuka pada lelaki dan perempuan

Sepenuhnya Keputusan Daripada  Para Juri :D

Ok dah sebut pasal syarat-syarat. korang mesti nak tahu kan apa hadiahnya kalau korang menang. Antara hadianya ialah


1st place ;
wang tunai RM40
topup RM10 [ Maxis , Celcom , Digi ]

1x key chain 

2nd place ; 
wang tunai RM30
topup RM10 [ Maxis , Celcom , Digi ]
1x key chain 

3rd place ;
wang tunai RM20
topup RM5 [ Maxis , Celcom , Digi ]
1x key chain 

Dan banyak lagi hadiah yang menanti anda.


Ini contest yang ke berapa kali aku tak ingat. tapi aku join contest yang tajuknya Contest senyuman menawan. sape2 nak join boleh lah klik kat tajuknya itu.. tapi korang kenalah cepat sebab contest ni tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh tutupnya pada 13.12.2011.

ok aku nak pertaruhkan gambar aku yang ini  


aku yang pakai tudung kuning tu. ni je gambar aku yang rasa ok . sebenarnya tak lawa pun tapi aku suka gambar ni nampak cantik.. 

saya tag :




siap!

Tips Hilangkan Parut Jerawat


Semua orang pernah mengalami masalah jerawat . tak kira dia lelaki atau wanita pasti alaminya. Dan juga ianya mimpi ngeri bagi para wanita. Jadi bila ada parut jerawat ataupun jerawat ia akan membuat para wanita tak duduk diam. ada juga yang gelisah memikirkan tentang jerawat di muka. yelah bagi lelaki atau perempuan diorang mementingkan penampilan diri , jadi Apabila penampilan terjejas ni menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri. 

Jadi disini ada sedikit tips untuk menghilangkan parut jerawat yang di hadapi anda. harap-harap ianya membantu anda semua.

1# bedak sejuk dan serbuk kayu manis.
- Cara-caranya iaitu ambil sedikit bedak sejuk dan serbuk kayu manis . kemudian letak kan sedikit air dan selepas itu lumut dimuka. Jika pertama kali memakainya akan merasa panas dan pedih tapi jangan risau tiada kesan sampingan kerana menggunakan barang-barang yang tidak mengandungi kimia.  Amalkan setiap malam sebelum tidur. insyallah parut itu akan pudar.

2#  serbuk kayu manis di campur madu
- Cara-caranya iaitu Ambil sedikit madu dan sedikit serbuk kayu manis. kemudian campurkan kedua-duanya sehingga sebati dan lumur pada muka. amalkan setiap malam insyallah jerawat akan kecil dan berkurangan.

3# bawang merah ( Petua dari Pakcik Saudara aku)
-Cara-caranya Ambil beberapa bawang merah kemuadian tumbuk bawang merah tersebut hingga hancur dan setelah hancur sapu rata-rata di kawasan yang ada parut jerawat .Amalkan selalu insyallah akan berkurangan parut jerawat itu. dan sebaik-baiknya sebelum sapu selawatlah ke atas Nabi sebanyak 7 kali supaya masalah yang di hadapi berkurangan.. kita berusaha dan akhi sekali kita bertawakal dan berdoa supaya apa yang kita usahakan itu akan Berkesan dan juga doa di makbulkan Allah.

Contest Azam Smart Maal Hijrah 1433H



Dalam minggu ini aku asyik join je Contest, Segmen, GiveAway dan pelbagai lag yang aku sertai minggu ni.. Tapi tak tahu lah menang ke tak ? hanya cuba nasib sahaja. aku bukan apa saja nak join dan nak  bantu memeriahkan lagi  dunia blogger ni. seronok rupanya kalau join macam contest yang bogger lain buat.

kali ni aku join pula contest pasal Contest Azam Smart Maal Hijrah By DRC & CTK kalau siapa-siapa yang belum join boleh lah klik kat link yang aku bagi tu untuk sertai contest ni.

Ok bagi Azam aku semperna Maal Hijrah ini, Aku ingin pertingkatkan lagi mutu belajar aku dan naik kan kembali pointer CGPA aku supaya aku dapat menamatkan sijil Diploma aku dengan baik dan cemerlang. 

Sebab apa aku memilih azam ini, kerana mutu belajar aku sejak akhir-akhir ni merosot. jadi semperna tahun  baru ni aku harap aku dapat mengubah cara aku belajar dan kembalikan prestasi belajar aku  dengan baik dalam masa 5 bulan ini insyallah.

Jadi Siapa-siapa yang belum join contest ni cepatlah join tinggal lagi dua hari sebelum penyertaan di tutup. dan  hadiahnya semuanya lumayan. kalau nak tahu lebih lanjut sila lah Tekan Di Sini. Siap ! 

akhir sekali saya tag kepada :


Saturday, December 10, 2011

JOM TAMBAH FOLLOWER"


Ini lah segmen yang aku join buat kali pertama iaitu Jom Tambah Follower by Lulu Caldina Klik Sini kalau siapa-siapa nak join segmen ni. 

Sebab apa aku join segmen ni :

1. Untuk berkenalan dengan  kawan-kawan blogger

2. Untuk tambahkan follower di blog 

3. Untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  dengan kawan-kawan blogger.

Syarat-syarat untuk join Klik Sini

Tarikh Tutup 11.12.2011 waktu sehingga tengah malam ( Hari Ahad)

jadi siapa-siapa nak banyak followers jom join segmen ni  :)

"Cik Suzlin's FIRST Giveway!"


Hadiah :

Flavettes Cal D3 Calcium Supplement x2


Salam. Ini kali ke 2 aku join GiveAway. Bila aku tengah Blog Walking tiba-tiba aku terjumpa satu GiveAway ni. Terus aku nak join.  Ni GiveAway nya Klik Di Sini kalau nak join

Aku sekarang ni pun tak tahu, pantang  ada GiveAway je aku nak join .Memang Teruja betul nak join GiveAway. Dalam Give Away ni, dia ada suruh masukkan makanan kegemaran.   Ok makanan kegemaran aku, aku suka makan Nasi Ayam, Chiken Chop & Lamb Chop.

Ini Banner untuk GiveAway Cik Suzlin.





Ini Pula Syarat-syarat Penyertaan

[#2]  Follow Blog Cik Suzlin Sini dan Sini

2) Buat satu entry bertajuk "Cik Suzlin's FIRST Giveway!" beserta banner di atas dan link kan ke entry ni.
Jangan lupa selitkan sekali kat dalam entry tu, makanan kegemaran awak.
Kalau nak bubuh resepi sekali pun boleh.

[#3]
Share entry ni kat Facebook awak and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.
ATAU
Share entry ni kat Twitter awak and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.
[#4]

Tinggalkan link entry awak dekat kotak komen di bawah dan jangan lupa sertakan Facebook ID dengan Twitter URL


[#5]
Kalau baik hati: Klik mana-mana iklan nuffnang sekali, boleh?



[#6]
Tarikh Tutup 12/01/12. Pemenang akan dipilih menggunakan Random.org.

Siap!


“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”


Salam. Ini first time aku join GiveWay ni. Sebelum ni, aku tak pernah lagi join mana-mana GiveWay. Tiba-tiba aku tertarik nak join "The Ultimate Year End Giveway by Nisa Kay"  Lagipun ramai yang menyertai Giveway ini. Jadi Aku tak naklah juga lepaskan peluang  untuk join Giveway ini. Yelah mana tahu kalau aku bertuah boleh menangkan. Aku hanya cuba nasib je.

Tambahan pula,  hadiah-hadiahnya semuanya menarik.Antaranya 1 set Branded  Bath & Body Care by Crabtree & Evelyn La Source Series, 2 pasang Sakura Heel, 1pcs dress dan pelbagai  lagi hadiah yang menarik menunggu anda di Di Sini jadi janganlah lepaskan peluang keemasan ini.untuk syarat -syarat penyertaan

1) Buat Entry Tajuk The uLtimate Year End Giveaway



2) Copy Dan Letak Banner Di Blog




3) Letak Link Sponsor





4) Letak Blog List & Like Page



5) Promote Entry




6) Like & Tweet GiveAway



7) Like FanPage Nisa Klik Di Sini


8) Periksa Balik Syarat-syarat yang Di  Telah Siap Dibuat


Tarikh Tutup Penyetaan

31 Disember 2011


Jadi apa tunggu lagi marilah beramai-ramai menyertai GiveAway ini. Anda pasti berpuas hati dengan hadiah yang di tawarkan sangat-sangat menarik Dan mana tahu anda pemenag bertua itu. jadi rebut peluang sementara  masih terbuka lagi untuk penyertaan. 

All the the best & Gud Luck Guys





Tuesday, December 6, 2011

Tips Mengelak Daripada Sakit Kepala



Hari ini  nak tulis pasal Tips mengubati sakit kepala . Sebab aku selalu sakit kepala. Selepas aku amalkan petua ni alhamdulilah  jarang dah sakit kepala. tapi sebelum itu, aku akan kongsikan sedikt bagaimana terjadinya sakit kepala.

seharian kita melakukan pelbagai aktiviti.. tak kira kita sebagai seorang pekerja, seorang pelajar mahupun suri rumah penah menghadapi sakit kepala.  Antara punca yang berlakunya sakit kepala ni di sebabkan tidur yang tidak mencukupi, kurang minum air (air masak bukan air manis), tidak tahan dengan cuaca yang terlalu panas, makan tidak mengikut waktu, ketika emosi yang tidak stabil, dan pelbagai lagi punca yang menyebabkan sakit kepala.

oleh itu disini aku nak bagitahu cara-cara yang  aku selalu amalkan kalau aku  mengalami sakit kepala.

1) Tidur Yang Mencukupi.

-Waktu tidur yang disyorkan untuk kanak-kanak selama 8 jam dan untuk dewasa selama 6 jam. Tetapi jika sekiranya tidur kita tidak mencukupi,  ini boleh menyebabkan sistem dalam tubuh badan kita tergangu. Cuba anda bayangkan jika anda seorang pelajar atau pekerja, anda tidak cukup tidur  dan apa yang akan berlaku pada anda esok pagi ketika anda hendak ke kuliah atau tempat kerja.  Mestilah badan anda kelihatan letih, lesu, lemah, malas, ngantuk, longlai dan di sebabkan itu anda akan hilang tumpuan pada kerja atau kuliah anda. Oleh itu, tidurlah  di awal waktu supaya anda merasa cergas, segar dan juga boleh mengelakkan anda daripada sakit kepala apabila bangun pagi.

2) Minum Air Yang Mencukupi

- Badan kita memerlukan air sebanyak 2 sehingga 2.5 liter air untuk memenuhi keperluan fisiologi manusia.

Air di dalam tubuh kita perlulah dibekalkan selalu agar tidak berlakunya dehidrasi. Secara purata, tubuh kita kehilangan 600ml air setiap hari melalui pernafasan, 500ml melalui kulit kita, dan 1400ml adalah menerusi proses membuang air kecil. Kira-kira 2500ml air yang diperlukan untuk tubuh setiap hari. Kita memperolehi kira-kira 500ml air melalui makanan yang diambil setiap hari, walaubagaimanapun tubuh kita masih memerlukan 2000ml air lagi yang hanya boleh diperolehi melalui minuman.
Purata pengambilan air setiap hari untuk orang dewasa
Kadar yang disarankan WHO (World Health Organization) = 2L
Amerika Syarikat = 1L
Korea = 0.6L
Japan = 0.9L
Untuk kanak-kanak yang mempunyai berat 10kg, 1 liter air setiap hari adalah disarankan.
Oleh itu kita perlulah minum air yang mencukupi supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik dan otak kita juga dapat berfungsi dengan baik. kerana jika air berkurangan dalam badan boleh menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak  dan itu boleh buat kita mudah pitam dan pening kepala


3) Jangan Memakai Tudung atau Pakaian Yang Berwarna Hitam

- Jika anda hendak keluar berjalan-jalan bersama-sama kawan ataupun kemana sahaja yang anda hendak pergi, anda dinasihatkan jangan memakai pakaian yang berwarna hitam ketika cuaca sedang panas ini kerana boleh menyebabkan anda mudah pening kepala dan mudah pitam. Warna hitam ini juga wanita ini juga berfungsi sebagai  menyerap haba panas oleh disebabkan itu anda perlu mengelak memakai pakaian warna hitam ketika sedang cuaca panas.


4) Makan Mengikut Waktu 


- Kita perlu makan sebanyak tiga kali iaitu sarapan pagi, tengah hari & petang. tapi yang penting makan waktu pagi dan tengah hari. kerana ia adalah untuk membekalkan tenaga kepada kita, ketika melakukan sebarang aktiviti ataupun pekerjaan yang dilakukan kita sehingga waktu petang.Tapi ada saja yang makan waktu malam.. Seelok-eloknya makan waktu malam hanya makan yang ringan-ringan sahaja (jika terlalu lapar) kalau tidak berat badan akan mudah naik. ini kerana waktu malam  kita lebih banyak berehat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh


5) Mengawal Emosi


- untuk mengelakkan daripada sakit kepala, kita juga perlu pandai mengawal emosi. kerana sewaktu kita dalam keadaan marah atau dalam keadaan emosi tergangu,kepala kita menjadi berat dan serabut .fikiran celaru,denyutan jantung menjadi laju dan ada sesetengah akan mengalami panas badan. Oleh itu, sekiranya berlaku seperti tu, banyak-banyakkan istighfar, selawat ke atas nabi dan pergi ambil wuduk supaya hati kita kembali tenang .


6) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W


-Sesiapa yang mengalami sakit kepala yang terukcuba amalkan petua ini. Pagi-pagi sebelum mandi basahkan sedikit kepala sambil selawat ke atas Nabi 7 kali. Amalkan setiap pagi sebelum mandi. insyallah jika selalu amalkan  sakit kepala kita akan hilang. Petua ni di ajar oleh ustaz saya sendiri .  Dan juga perlulah elakkan daripada minum yang berkafein dan yang berangin juga. ini kerana faktor makanan juga  boleh menyebabkan sakit kepala.
 
p/s maaf kalau kat sini ada kesilapan . aku hanya berkongsi apa yang aku tahu