Hari ini nak tulis pasal Tips mengubati sakit kepala . Sebab aku selalu sakit kepala. Selepas aku amalkan petua ni alhamdulilah jarang dah sakit kepala. tapi sebelum itu, aku akan kongsikan sedikt bagaimana terjadinya sakit kepala.
seharian kita melakukan pelbagai aktiviti.. tak kira kita sebagai seorang pekerja, seorang pelajar mahupun suri rumah penah menghadapi sakit kepala. Antara punca yang berlakunya sakit kepala ni di sebabkan tidur yang tidak mencukupi, kurang minum air (air masak bukan air manis), tidak tahan dengan cuaca yang terlalu panas, makan tidak mengikut waktu, ketika emosi yang tidak stabil, dan pelbagai lagi punca yang menyebabkan sakit kepala.
oleh itu disini aku nak bagitahu cara-cara yang aku selalu amalkan kalau aku mengalami sakit kepala.
1) Tidur Yang Mencukupi.
-Waktu tidur yang disyorkan untuk kanak-kanak selama 8 jam dan untuk dewasa selama 6 jam. Tetapi jika sekiranya tidur kita tidak mencukupi, ini boleh menyebabkan sistem dalam tubuh badan kita tergangu. Cuba anda bayangkan jika anda seorang pelajar atau pekerja, anda tidak cukup tidur dan apa yang akan berlaku pada anda esok pagi ketika anda hendak ke kuliah atau tempat kerja. Mestilah badan anda kelihatan letih, lesu, lemah, malas, ngantuk, longlai dan di sebabkan itu anda akan hilang tumpuan pada kerja atau kuliah anda. Oleh itu, tidurlah di awal waktu supaya anda merasa cergas, segar dan juga boleh mengelakkan anda daripada sakit kepala apabila bangun pagi.
2) Minum Air Yang Mencukupi
- Badan kita memerlukan air sebanyak 2 sehingga 2.5 liter air untuk memenuhi keperluan fisiologi manusia.
Air di dalam tubuh kita perlulah dibekalkan selalu agar tidak berlakunya dehidrasi. Secara purata, tubuh kita kehilangan 600ml air setiap hari melalui pernafasan, 500ml melalui kulit kita, dan 1400ml adalah menerusi proses membuang air kecil. Kira-kira 2500ml air yang diperlukan untuk tubuh setiap hari. Kita memperolehi kira-kira 500ml air melalui makanan yang diambil setiap hari, walaubagaimanapun tubuh kita masih memerlukan 2000ml air lagi yang hanya boleh diperolehi melalui minuman.

Purata pengambilan air setiap hari untuk orang dewasa
Kadar yang disarankan WHO (World Health Organization) = 2L
Amerika Syarikat = 1L
Korea = 0.6L
Japan = 0.9L
Untuk kanak-kanak yang mempunyai berat 10kg, 1 liter air setiap hari adalah disarankan.
Oleh itu kita perlulah minum air yang mencukupi supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik dan otak kita juga dapat berfungsi dengan baik. kerana jika air berkurangan dalam badan boleh menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan itu boleh buat kita mudah pitam dan pening kepala
3) Jangan Memakai Tudung atau Pakaian Yang Berwarna Hitam
- Jika anda hendak keluar berjalan-jalan bersama-sama kawan ataupun kemana sahaja yang anda hendak pergi, anda dinasihatkan jangan memakai pakaian yang berwarna hitam ketika cuaca sedang panas ini kerana boleh menyebabkan anda mudah pening kepala dan mudah pitam. Warna hitam ini juga wanita ini juga berfungsi sebagai menyerap haba panas oleh disebabkan itu anda perlu mengelak memakai pakaian warna hitam ketika sedang cuaca panas.
4) Makan Mengikut Waktu
- Kita perlu makan sebanyak tiga kali iaitu sarapan pagi, tengah hari & petang. tapi yang penting makan waktu pagi dan tengah hari. kerana ia adalah untuk membekalkan tenaga kepada kita, ketika melakukan sebarang aktiviti ataupun pekerjaan yang dilakukan kita sehingga waktu petang.Tapi ada saja yang makan waktu malam.. Seelok-eloknya makan waktu malam hanya makan yang ringan-ringan sahaja (jika terlalu lapar) kalau tidak berat badan akan mudah naik. ini kerana waktu malam kita lebih banyak berehat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh
5) Mengawal Emosi
- untuk mengelakkan daripada sakit kepala, kita juga perlu pandai mengawal emosi. kerana sewaktu kita dalam keadaan marah atau dalam keadaan emosi tergangu,kepala kita menjadi berat dan serabut .fikiran celaru,denyutan jantung menjadi laju dan ada sesetengah akan mengalami panas badan. Oleh itu, sekiranya berlaku seperti tu, banyak-banyakkan istighfar, selawat ke atas nabi dan pergi ambil wuduk supaya hati kita kembali tenang .
6) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
-Sesiapa yang mengalami sakit kepala yang terukcuba amalkan petua ini. Pagi-pagi sebelum mandi basahkan sedikit kepala sambil selawat ke atas Nabi 7 kali. Amalkan setiap pagi sebelum mandi. insyallah jika selalu amalkan sakit kepala kita akan hilang. Petua ni di ajar oleh ustaz saya sendiri . Dan juga perlulah elakkan daripada minum yang berkafein dan yang berangin juga. ini kerana faktor makanan juga boleh menyebabkan sakit kepala.
p/s maaf kalau kat sini ada kesilapan . aku hanya berkongsi apa yang aku tahu

0 My LOvElY fRiEnDs:
Post a Comment