Semua orang pernah mengalami masalah jerawat . tak kira dia lelaki atau wanita pasti alaminya. Dan juga ianya mimpi ngeri bagi para wanita. Jadi bila ada parut jerawat ataupun jerawat ia akan membuat para wanita tak duduk diam. ada juga yang gelisah memikirkan tentang jerawat di muka. yelah bagi lelaki atau perempuan diorang mementingkan penampilan diri , jadi Apabila penampilan terjejas ni menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri.
Jadi disini ada sedikit tips untuk menghilangkan parut jerawat yang di hadapi anda. harap-harap ianya membantu anda semua.
1# bedak sejuk dan serbuk kayu manis.
- Cara-caranya iaitu ambil sedikit bedak sejuk dan serbuk kayu manis . kemudian letak kan sedikit air dan selepas itu lumut dimuka. Jika pertama kali memakainya akan merasa panas dan pedih tapi jangan risau tiada kesan sampingan kerana menggunakan barang-barang yang tidak mengandungi kimia. Amalkan setiap malam sebelum tidur. insyallah parut itu akan pudar.
2# serbuk kayu manis di campur madu
- Cara-caranya iaitu Ambil sedikit madu dan sedikit serbuk kayu manis. kemudian campurkan kedua-duanya sehingga sebati dan lumur pada muka. amalkan setiap malam insyallah jerawat akan kecil dan berkurangan.
3# bawang merah ( Petua dari Pakcik Saudara aku)
-Cara-caranya Ambil beberapa bawang merah kemuadian tumbuk bawang merah tersebut hingga hancur dan setelah hancur sapu rata-rata di kawasan yang ada parut jerawat .Amalkan selalu insyallah akan berkurangan parut jerawat itu. dan sebaik-baiknya sebelum sapu selawatlah ke atas Nabi sebanyak 7 kali supaya masalah yang di hadapi berkurangan.. kita berusaha dan akhi sekali kita bertawakal dan berdoa supaya apa yang kita usahakan itu akan Berkesan dan juga doa di makbulkan Allah.
0 My LOvElY fRiEnDs:
Post a Comment