Monday, January 31, 2011

CuTi SeMeStEr

Yes! finally aku pulang juga kat kl. aku rasa dah dua bulan aku tak pulang rumah... bapak lah seronok. tapi ada pula sesuatu yang berlaku ... semalam aku tergaduh dengan mak aku dan adik aku. wahhhh tensionlah mula2 tu ok jer ntah macam mana boleh pula gaduh serabutnya aku. aku pula tiba2 naik angin dan marah2.. hurm... ntah aku pun tak tahu napa dengan aku ni mudah sangat nak naik marah... arrggghh... aku ni kena berubah ni.. kalau aku tak berubah2 dari sifat marah ni.. alamatnya semuanya larikan diri dari aku hahahaha..

baru aku tahu time tu cm ne kena hidup sorang2 kan hahaha padan muka sapa suruh jdi panas baran sgt hahaha... ala nak buat cmner... dh terikut perangai ayah yang pans baran tu. tapi tu dululah sekrg ni ayah aku dh tak pans baran dh ayah aku dh jadi seorang yang sporting kot hahaha...aku sendiri pun tak pasti
ok balik pada topik aku, aku dah lama tak balik rumah sebab kesibukan aku di kolej ( padahal mak tak kasi balik hahaha) dan aku semangat nak jumpa kucing kesayangan aku. tapi yang sedihnya bila aku pulang, tinggal dua ekor jer kucing aku. 


dan dua lagi ntah hilng kemana. bila aku tanya my mom, my mom kata mybe diorg sesat tak jumpa jalan balik tu yg kucing tu ada orang ambik dan tolong jagakan kucing tu....wahh bila dengar my mom cakap cm tu rasa nak nangis jer... dh lah aku sayang sangat kucing aku tu walaupun kdg2 aku suka mrh diorg tapi aku ttp syg diorg ....
sedihnya tak sempat aku nak jumpa dengan 2 ekor kucing aku yang comei tu dah hilng nth kemana.. takpela nak buat cmner kalau aku nangis pun bukan kucing aku tu datang balik... apa2 pun aku harap kucing aku sihat dn dapat tuan yang baik harap2 cm tu lah..... ok lepas aku ceriter pasal kucing kesayangan aku.. aku nak ceriter tentang aktiviti aku time cuti kali ni.

ok esok aku cadang nak siapkan assigment aku yang tergendala2 harap2 semua settle esok. aku cadang nak jumpa kawan sekolah aku, tapi tak thu bila. kan senang kalau aku ada kereta boleh bawa aku pergi mana2 yang aku suka. ( sebernanya nak bawa kereta pun tak reti ada hati nak bawa jln2) hahaha... buat masa ni aku dh tiga hari kat rumah, kerje aku tido, makan,on9, bca nvel, msg. gayut telefon ngn kawan dan selebih yer tido jer lah. yela bygkan tido nak cakap awl tue tak delah awl tapi bgn bapak lah lwt ,pukul 4 or 5 ptg bru bgn.


cm ni ke anak dara hurm kalau mak mentua thu perangai aku cmni rasa awl2 lagi dh kena reject hahaha.... tapi aku cadang hari mggu nnti aku nak masak soto ayam. tb2 terasa nak makn soto . dah lama tak makn. wahh tiba2 aku terliur dn rasa lapar pula bila fikir pasal soto ayam. oklah dh pukul 4 pagi dh ni.. aku nak msuk tidur dulu ek.. tapi sebelum masuk tidur aku nak gi masak roti telur dulu tb2 perut aku rasa lapar pula.. hey cmner la nak trn brt bdn cmni kalau mlm2 pun makan lagi hahahaha.. ok chow dulu... peace ^_^

Wednesday, January 12, 2011

HaTi SeMaNgAt JaNgAn PuTuS AsA


hati kenapa kau merasa lemah, putus asa, sedih, letih kenapa wahai hatiku??? kenapa??? kenapa kau merasakan seperti itu?? sebelum ini kau tidak pernah seperti itu... kau tidak pernah merasakan seperti sekarang.. kenapa hati kau semakin hari semakin lemah .. adakah silapku kerana terlalu membiarkan hatimu menyimpan pelbagai masalah sehingga engkau tidak mampu untuk bertahan lagi... bersabarlah wahai hatiku demi tuanmu yang sedang memerlukan kekuatan untuk bangkit semula . aku memerlukan kau hati ku janganlah kau tinggalkan aku sendirian. berilah aku sokongan dan dorongan wahai hati ku... aku bergantung pada mu untuk aku bertahan dan hanya tempat aku luahkan rasa hatiku ini.

ya Allah berikan aku kekuatan hati untuk aku meneruskan perjuagan ku dalam medan ilmu Mu ya Allah ... bantulah aku dan pimpinlah aku ya Allah hanya pada Mu aku bergantung harap dan hanya pada Mu aku memohon pertolongan. ya Allah kenapa aku jadi seperti ini... kemana hilangnya nadzirah yang dulu??? nadzirah yang tidak penah kenal putus asa, yang tidak penah pedulikan kutukan orang,yang tidak peduli sama ada orang benci atau sukanya kemana hilng nadzirah itu??? aku sendiri tak tahu. tapi mulai saat ini aku akan cuba mengubah segalanya. aku akan cuba menjadi yang positif dan menjadi seorang yang ceria. aku akan cuba untuk menjadi seperti nadzirah yang dulu. nadzirah yang sentiasa ceria dan sentiasa senyum. aku rindukan nadzirah itu.

so apa lagi wake up!! nad!! i know u can do it so dont give up !! ok!!! ok sekarang kita tutup buku yang penuh dengan kesedihan dan kita buka buku yang baru iaitu buku yang penuh dengan keceraian..hahaha... aku akan move up diri aku ke arah yang lebih baik... aku tak nak dah lukakan orang sekeliling aku insyallah... tapi aku tak boleh janji sebagai manusia kadang2 kita akan buat orang terluka sama ada secara sengaja or tak sengaja..so aku minta maaf kalau aku ade buat siapa2 yang terasa or sakit hati... dan satu lagi aku harap orang lain mampu terima aku seadanya... aku pun ada kelemahan sama seperti orang lain so aku harap siapa2 yang tak puas hati dengan aku slow talk dengan aku atau berhadapan dengan aku lah yer.. aku tak suka orang cakap belakang2 nie... dan kalau nak tegur tue silalah cakap baik2 yer... jangan nak cakap berlagak sangat dengan aku . aku takut jer..silap hari bulan korang kena sembur balik dengan aku hahaha... so pandai2lah korang bila aku dh mula naik marah jangan salahkan aku lah ok.. sebab aku dah pesan kalau nak tegur boleh tapi perlu secara berhikmah.. peace ^__^

Friday, December 3, 2010

mEnYaYaNgi, MeNgAsiHi DaN mEnCinTai


salahkah aku sebagai manusia mempunyai perasaan mengasihi menyayangi dan mencintai sesuatu supaya aku mudah untuk menghargainya. salahkah kalau aku mempunyai sikap ego apabila dalam sesuatu situasi??? salahkah kalau aku kadangkala tidak meluahkan rasa sayang itu dengan percakapan tapi lebih kepada perbuatan??? salahkah aku kalau aku tidak mempamerkan sifat seberna aku kepada orang lain??? aku lebih suka sembunyikan diri dari menonjolkan diri. kerana aku tidak mahu lagi dilukai dan disakiti. aku tak nak semua itu berlaku lagi dalam kehidupan ku.

sekarang ini aku terumbang-ambing.keadaan aku dalam resah ,keliru, sedih dan tertekan. aku terasa sunyi sangat. ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku teruskan perjuangan ku ini... janganlah kau biar kan aku terus rasa lemah dan putus asa. Kau hadirkan dalam hidupku ini seorang teman yang betul-betul boleh di jadikan teman. sebernanya aku penat dengan semua ini tapi aku nak buat bagaimana lagi, aku terpaksa harunginya dengan tabah. sebab setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya. mungkin dengan ujian yang aku lalui ini membuatkan aku lebih matang dan lebih berdikari.

hari ini tiba-tiba aku tak ada mood. aku sedih jer. aku rasa diperbodohkan je. hishhh serabutnya. arghhhhhhhhhh nak nangis je..ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ku ini. aku tidak mahu hidupku jadi begini tapi ntahlah aku tak tahu kenapa aku jadi begini??? kenapa aku tidak mampu menghadapi ujian yang Kau berikan kepadaku. kenapa aku lemah sangat?? kenapa aku mudah di perkotak-katik oleh orang?? kenapa?????

aku sendiri pun tidak tahu.kalau lah di berikan peluang lagi sekali aku ingin perbetulkan segala-galanya yang telah aku lakukan dan aku tidak ingin hidup seperti ini. aku harap sangat, aku boleh berubah menjadi baik dan menjadi anak solehah terhadap kedua ibu bapaku.aku harap juga aku tabah dan sabar apa yang berlaku dalam kehidupan ku ini. mungkin aku lepas ini lebih menjadi kuat dan tidak kisah dengan apa yang orang kata tentang aku.biarlah orang nak kata tentang aku.. asalkan aku tak menyibuk hal diorang pun...aku tak kisah kalau memang aku ditakdirkan takde kawan yang boleh betul-btul menjadi kawan. biarlah apa yang berlaku selepas ini aku hanya berserah sahaja. jika aku menemui seorang sahabat yang ikhlas dan jujur menyanyangiku akan aku menjaganya dengan sebaik mungkin.

penah aku terfikir kenapa Allah selalu pertemukan aku dengan orang yang pelik-pelik mungkin sebab perangai ku yang pelik dan susah nak difahami?? atau mungkin aku ini masih tidak boleh menjadi kawan yang baik kepada kawan ku yang lain?? mungkin juga aku tidak penah fikir kan tentang perasaan orang yang ada di sekelilingku?? mungkin aku ini terlalu pentingkan diri sahaja sehinggakan aku sanggup melukakan hati orang yang aku sayang.. dan mungkin aku tidak sedar yang aku lakukan selama ini banyak yang terluka dan terasa hati dengan ku?? ntah aku sendiri tidak dapat jawab semua soalan yang timbul dalam pemikiran ku ini.......

Sunday, November 28, 2010

KegElaPaN,KeSeDiHaN dAn KeGeMbIRaAn



aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. mempunyai 5 adik beradik. aku anak ketiga dalam keluarga tersebut. sejak kecil aku dijaga oleh orang gaji. mak dan ayah ku sibuk bekerja mencari duit untuk menyara kami sekeluarga. selama ini hubungan ku dengan keluarga tidak begitu baik. dari kecil lagi aku tidak rapat dengan keluargaku. yang aku rapat hanyalah dengan orang gajiku dan abangku. merekalah tempatku untuk mencurah segala kasih sayangku. diantara adik-beradik yang lain, aku yang berbeza. aku tidak seperti mereka yang sentiasa di beri perhatian lebih-lebih lagi adik bongsu ku dan akakku.

mereka selalu di bangga-banggakan oleh kedua ibubapaku. kemudian aku dah terbiasa dengan semua itu, aku tidak kisah tetapi dalam lubuk hatiku aku sentiasa mengharapkan mereka memahamiku dan sentiasa menyokongku. semasa aku darjah satu, aku tidak mempunyai ramai kawan. diantara kawan-kawanku, aku berkawan baik dengan nazruddin. dia banyak membantuku dan menolongku dalam pelajaranku kerana ketika itu aku lemah dalam pelajaran ku. banyak kenangan ku bersama dia. dia seorang yang baik, selalu membantu ku dan sentiasa bersama dengan ku. aku selalu rasa gembira dan selesa berkawan dengannya. apabila aku berumur 8 tahun, aku tidak sekelas dengannya. dia memasuki kelas teratai, aku memasuki kelas dahlia walaupun begitu ketika kelas pendidikan islam aku sekelas dengannya.

setelah habis kelas pendidikan islam di kelasnya, dia selalu menghantar aku balik ke kelas aku. dia tidak penah jemu berkawan denganku.aku rasa gembira bila aku ingat peristiwa tersebut. tpi pada akhir tahun 1998, aku menerima berita sedih daripadanya. aku ingat lagi waktu itu aku menunggu kedatangan ayahku ke sekolah kerana ada hari report kad jadi aku menunggu ayahku di luar kelas. lama aku menunggu kedatangan ayahku tiba2 aku ternampak dia dari jauh menuju ke arahku. setelah dia sampai di hadapanku, aku tidak memandangnya tetapi aku memandang sebelah dia seorang perempuan muda dan seorang budak perempuan kecil yang comel lingkungan 4 atau 5 tahun lalu aku senyum memandang mereka. kemudian dia memperkenalkan mereka kepadaku. aku terkejut bila dia memberitahuku kedua2 perempuan itu mak dan adik perempuan dia dan aku meyalam tangan ibunya.

sebernanya aku merasa pelik kenapa dia datang ke kelas aku waktu itu lalu aku menanyakan kepada dia kenapa dia datang ke kelasku. kemudian dia memberitahuku yang dia akhir bersekolah di sekolah tasik aku betul2 sedih ketika itu kerana aku akan kehilangan orang yang aku sayang. aku amat menyayangi dia kerana dia seorang kawan yang baik bagi diriku dan itu juga lah akhir pertemuan aku dengan dia. selepas itu aku tidak penah berhubung dengannya yang aku tahu dia belajar di gombak dan rumahnya digombak itu sahaja. dan selepas ketiadaan dia disisiku, aku berdikari dan selalu melindungi diriku daripada lelaki.

kelakuan ku dari seorang lemah lembut dan kuat menangis, bertukar menjadi seorang tomboy. aku selalu bergaduh dengan kawan2 sekelas ku dan kawan lakiku yang lain. aku selalu melindungi kawan2ku jika kawan2 ku kne buli dengan budak2 laki nakal. aku juga selalu melanggar peraturan sekolah dan ibubapa ku pening dengan sikap kenakalan ku. setiap kali aku melakukan kesalahan aku tidak penah serik sehinggakan kawan2 perempuan ku menasihati ku supaya menjadi baik tapi aku tidak penah peduli dan kisah tentang perasaan orang lain. walaupun begitu kawan2ku seperti atikah, mimi, adila, shila, diana, dila, atin,lisa,nabilah dan lain2 tetap kawan dengan ku walaupun perangaiku kasar. dan apabila aku ingat kembali kenanganku aku pasti tersenyum. bagiku kenangan sewaktu aku kecil adalah kenangan yang begitu manis dan aku tidak akan sesekali melupakan kenangan manis itu.