Tuesday, June 21, 2011

AbOuT Me


Sekarang ni aku amatlah bosan tak tahu nak buat apa.. jadi tiba-tiba aku rasa nak buat tentang diri ataupun  macam buat biodata diri macam waktu budak-budak dulu hehe...oklah  aku akan mula tentang diri aku dulu :

~ Nadzirah~
~21~

~Selangor~
~30/08/1990~

~HuKl~
~Nadzirah, Zira, Ira, Nad, Azie, Kiah & Jijah

~Memasak, Mengarang, Membaca, Melayari Internet, Mendengar lagu & Menangkap Gambar~
~Korea, Japan, English, Indon & Nasyid~

inilah sedikit tentang diri ku.. kawan-kawan ku selalu memanggil ku dengan nama nadzirah atau kiah tetapi sewaktu aku masuk darjah 6 aku dapat panggilan baru iaitu Jijah. semuanya gara-gara Sir Jan aku  yang ajar 

bahasa english ketika tu... masa tu Sir tanyakan namaku aku cakaplah nadzirah. entah macam mana Sir dengar aku sebut tiba-tiba jadi siti Nurhaliza dan akhirnya sir tukar nama aku kepada Jijah.. wah betapa aku tak suka sir aku bagi nama tu 

sejak tu kawan kelas aku 6 gigih panggil aku dengan nama Jijah... dan apabila  diorang nak mengusik aku diorang suka nyayi satu lagu iklan telefon dan waktu tu sangat terkenal lagu tu.. aku pun lupa lirik lagu dia macam mana tapi adalah sebutan jijah tu.. mula-mula tu aku jadi geram tapi lama kelamaan aku jadi tak 

kisah..dan nama tu terus melekat sampailah aku tamat darjah 6... selepas aku tamat belajar di sekolah rendah aku berpindah ke maahad tahfiz.. waktu tu aku sedih sangat sebab tak dapat bersekolah bersama-sama dengan kawan-kawanku yang sewaktu sekolah rendah..dan aku pun terus terpisah daripada mereka semua...

sewaktu aku di maahad tahfiz kuala selangor aku tak sangka aku akan bertemu dengan seorang yang sama dengan nama ku ejaan nama pun sama... sehinggakan untuk membezakan kita orang berdua  aku di panggil zira dan kawan ku ira... aku rapat dengan ira ni sebab waktu kelas memang aku duduk bersebelahan dengan 

dia.. ira ni kalau nak tahu dia ni comel, kecil, baik, dan  yang paling dia tak suka dengan lelaki... Kawan ku ira ni jarang-jarang sangat cakap dengan lelaki sebab dia tak penah sekolah campur dengan lelaki  sebab itu dia jadi tak selesa dan janggal... lagi satu  yang aku suka ialah buli dia .. aku suka buli dan mengusik dia..

kadang-kadang tu dia geram juga dengan sikap aku tapi sebaik dia faham aku. aku ni hanya suka bergurau je...tiba-tiba aku rindu sangat dia sebab dah 8 tahun tak jumpa dia.... sebaik dia masih ingatkan diri aku ini.. kalau tak aku merajuk dengan dia tu hehe..... oklah sampai di sini coretan ku lain kali aku akan sambung kisah hidup ku ini...






0 My LOvElY fRiEnDs: