3 hari yang lepas, family aku pergi ke penang.. aku rasa seronok dan teruja sangat sebab nak pergi melawat anak buah ku dan keluarga menantu abang ku... di sana... bila aku dah sampai sana aku rasa gembira dan tenang melihat padi-padi menghijau.... suasana ketika itu indah sangat... biasa la kampung memang rasa tenang dan damai je kan... aku suka suasana seperti tu.... tapikan aku lupa pula nak tangkap gambar pemandangan padi tu ruginya .. kenapa la aku tak terfikir nak tangkap.. mungkin sebab teruja kot tengok suasana macam tu.. yela kat kl mana ada padikan tu yang bila tengok padi tu semua benda pun boleh lupa...
ok berbalik pada cerita aku... sewaktu dah sampai kat rumah mak mentua abang aku... kedatangan kitorang disambut baik... aku pun rasa seronok je hubungan keluarga ku dengan mentua abangku baik.. aku gembira melihat suasana tu...lagipun keluarga menantu abang ku sememangnya baik.. adik beradik kak long aku pun baik2 seronok kenal dan bual dengan diorang semua tu...ketika aku melihat anak buah ku , aku rasa macam tak percaya je yang aku dah jadi makcik dan abang aku dah jadi ayah... cepatnya masa berlalu...masing-masing dah besarkan... rindu zaman kanak-kanak. lepas ni giliran akak ku pula kawin... aku tak sabar menantikan kedatangan hari tu hehe...
semasa aku kat penang aku rasa seronok je... kerja aku makan je.. asyik-asyik makan aku pun tak tahu bila la aku nak kawal makan aku ni hehe.. selera aku kat sana bertambah-tambah mungkin sebab aku gembira sangat dapat anak buah..dan aku suka melihat masa humaira tidur.. kalau dia tidur.. dia asyik-asyik senyum lepas tu suka mengeliat.. aku tengok pun comel je humaira buat cam tu... dan lagi satu humaira ni tak kisah pun kalau orang bising-bising dia tetap tidur... kuat betul anak buah mak lang ni tidur.. mak lang rindu kat humaira... humaira cepat-cepat la besar mak lang tak sabar nak tunggu humaira boleh bercakap hehe....
akhir sekali apa-apa yang berlaku kat penang sama ada gembira, sedih, bengang, benci dan pelbagai lagi perasaan yang aku alami semasa disana aku tetap rasa bersyukur dan gembira sebab dikurnia sebuah keluarga yang baik dan bahagia walaupun kadang-kadang bergaduh, aku tetap sayang kan mereka semua tu...ok sampai disini dulu coretan hati ku... kalau ada masa nanti aku sambung kembali coretan hati ku ni... salam sayang untuk semua...^_^
0 My LOvElY fRiEnDs:
Post a Comment