Monday, June 20, 2011

Baby Girlz


15.6 adalah hari sejarah buat diri ku dan keluargaku... kerana hari itu adalah hari pertama ayahku dan ibuku mendapat cucu sulungnya dan aku telah pun jadi makcik walaupun umur masih muda ....sewaktu abangku menghantar 'message' kat hp aku, aku tak perasan sebab aku masih tidur lena lagi hehe... biasa la aku selalu tidur lewat , bangun pun lewat jugalah .. bila lah nak ubah sikap buruk aku ni hehe....

berbalik pada cerita aku. ketika aku dah bangun dari tidur aku pun seperti biasa periksalah hp aku  kalau-kalau ada orang 'call' aku atau hantar 'message' kat hp aku. bila aku tengok tertera perkataan abang.. aik? kenapa abang aku hantar message kat aku... tak penah-penah hantar ni tiba-tiba je hantar pelik-pelik.. yelah mana tak pelik abang aku jarang hantar message kat aku kalau dia hantar pun mesti ada urusan penting atau ada benda penting nak bagitahu kat aku.

 lepas tu aku pun cepat-cepat buka message tu dan apabila aku dah habis baca bertapa seronoknya aku dan aku terasa seperti nak melompat-lompat kerana masa itu aku begitu teruja sekali menerima berita yang mengembirakan ini.. 

Inilah muka aku masa aku dapat tahu  berita tu tapi tak adalah comel macam gambar kartun ni sebab masa tu baru bangun tidur faham-fahamlah  korang ek hehe


aku pun tak sangka yang kak ipar aku  awal bersalin sebab setahu aku, kak ipar aku di jangka bersalin pada 20 haribulan tak sangka pula awal 6 hari..

apa-apa pun aku gembira semuanya selamat tak ada apa-apa masalah pun berlaku.. dan berharap hubungan abang ku dan kak ipar ku akan berkekalan hingga ke syurga dan aku sangat menyayangi mereka.. dan aku harap juga kebahagian ni akan terus kekal selamanya...

Akhir kalam ku aku nak tunjuk inilah anak buah ku yang pertama 

ini dia baby girlz tu nama dia amshar humaira comelkan  anak buah ku ini.. moga bila besar nanti  anak buahku ni menjadi anak yang baik dan solehah amin... :)

0 My LOvElY fRiEnDs: