sudah dua bulan aku berada di rumah.... kehidupan aku betul-betul membuatkan aku bosan dan kadang kala buat aku sunyi.. memanglah dalam kehidupan ku sekarang aku nampak biasa dari segi luaran tapi dalaman aku, aku sendiri tak tahu sama ada aku gembira atau sebaliknya... dan bila aku cari jawapannya tiada pula jawapan yang aku perolehi..aku sendiri pun bingung dan keliru....
kenapalah hidup aku ini aku terasa kosong dan terasa sunyi.. dadaku terasa sesak jiwa ku tertekan aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi sampai begini... hidupku sekarang aku terasa terumbang ambing dan amat menyeksakan bagi aku.. aku cuba untuk berubah menjadi baik ..tapi bila aku cuba menjadi baik ada saja halangan dan rintangan ... kadang-kadang aku jadi lelah dan putus asa..
tapi bila aku fikir semula aku tidak boleh mengalah aku kena kuat aku tak boleh lemah kalau aku lemah senang jer orang pandang rendah pada aku.. jadi apa yang aku perlu buat aku kenalah ubah sedikit demi sedikit sikapku.. selain tu aku juga kenalah jaga solat ku dan amalan ku.... aku tak boleh terus terusan macam ni...aku perlu berubah supaya hidup aku lebih bermakna dan mendapat redha dari Illahi...
aku tak sanggup dah hidup yang seperti ni... hidup yang tak da makna dan hidup dalam melakukan dosa... walaupun kadang -kadang aku tak sengaja lakukan tapi selalunya aku sengaja lakukan sebab aku tahu benda tu dosa tapi aku tetap lakukan... kenapalah iman aku ni lemah sangat kenapa iman aku ini tipis mudah je tergoda dengan hasutan syaitan dan mudah ikut hawa nafsu aku pun tak tahu lah..
tapi sebagai manusia biasa aku tahu yang aku akan sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan.. aku bukan sempurna.. aku selalu lalai dan alpa... saat ini hatiku terasa amat perit dan sakit ... dan nafasku terasa sesak... aku bosan hidup seperti ini... bilalah aku dapat berubah menjadi baik ...??? aku pun tak pasti....sama aku dapat jadi seperti dulu atau tak... aku rindukan diri aku yang dulu...
mungkinkah aku dapat kembali seperti dulu atau pun tidak semua jawab tu hanya lah Allah yang mengetahuiNya...
Ya Allah Engkau ringankanlah beban dihati hambaMu ni Ya Allah...Lapangkan Hatiku ni dan Engkau Bantulah HambaMu ni ketika Aku di dalam Kesusahan atau Kesenangan .. Dan Aku Berharap satu hari nanti Aku Akan berubah menjadi baik dan akan terus terusan mendidik diriku menjadi seorang yang baik dan solehah...itulah satu-satu harapan ku semoga apa yang aku harapkan menjadi kenyataan satu hari nanti...
0 My LOvElY fRiEnDs:
Post a Comment