Monday, March 7, 2011

kEliRu DeNgAn KeAdAaN DiRiKu


sejak akhir ni aku tidak dapat memahami diriku . aku tidak mengerti perasaan ku... aku keliru dan serabut dengan diriku.. aku seperti tidak mengenali diriku lagi. aku sebenarnya tidak faham apa masalah aku yang sebenarnya... kenapa aku ada perasaan benci dan tidak suka dengan kawan ku.. kenapa aku lebih selesa tinggal seorang diri .. kenapa aku ada perasaan seperti itu.. kenapa aku jadi begini kenapa??? ... aku merasa terseksa bila ada perasaan seperti ini... terseksa sangat sehingga hati aku merasa sakit yang teramat ... aku tidak mampu bertahan kalau keadaan ini terus terusan seperti ini..

Ya Allah Ya Tuhan ku engkau berikan lah aku kekuatan hati untuk aku tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan ini... Jangan biarkan aku terus terusan jadi begini Ya Allah.. Aku mohon PadaMu Ya Allah. aku sekarang ni terasa amat lemah sekali... aku tak mampu untuk melawan perasaan aku ini... tolonglah kenapalah aku jadi seperti ini... kenapa.. kenapa aku diuji sedemikian rupa.... walaupun ujian ku tidak seberat mana tapi aku tak mampu untuk bertahan lagi.. aku tidak mampu untuk senyum... tidak mampu untuk mengembirakan hatiku... dan orang-orang disekelilingku... dan aku tidak mampu lagi untuk berpura-pura yang aku ini dalam keadaan gembira...

sampai bila aku harus lalui semua ini. sampai bila aku perlu dalam keadaan sebegini.... aku benci keadaan begini aku tidak suka aku nak diri aku yang dulu. diri ku yang penuh dengan kegembiraan dan sentiasa dalam keadaan tenang walaupun ada masalah... tapi itu dulu sewaktu aku masih sekolah rendah.. bila aku naik sekolah menengah segala-galanya berubah sekelip mata.. aku menjadi seorang yang terlalu sensitif dan selalu dipermainkan oleh kawan2 ku...

kadang2 aku juga diperbodohkan oleh kawan ku... aku tahu aku ni hanya alat untuk diorang saja tapi aku perlu kan kawan aku tidak mampu untuk hidup sendirian.... tapi bila aku fikirkan balik.. kenapa aku perlu lakukan semua ini.. kenapa aku terlalu penting kawan sehingga sanggup biarkan kawan aku main2 kan aku dan perbodohkan aku.. selama ini aku ikhlas ingin berkawan dengan diorang .. aku ikhlas bantu diorang dalam kesusahan.. tapi kenapa kadang2 diorang balas aku dengan kesakitan dan kepedihan.. dalam hati ku kenapa.. apa salah aku??

apa dosa yang aku lakukan sehingga diorang sanggup buat diriku seperti ini... mungkin aku ada buat kesalahan atau kesilapan pada dri diorang.. tapi kenapa diorang tak terus terang dengan aku... apa kesalahan yang aku lakukan sehingga diorang balas seperti ini kat aku... aku tak mengerti... aku cuba untuk menjadi kawan yang baik aku cuba untuk memahami mereka tapi apa lagi yang mereka mahu aku lakukan... Ya Allah tolonglah aku Ya Allah .. aku harap segala penderitaan yang aku alami sekarang ini akan berakhir juga tidak lama lagi.. dan aku harap aku kuat dan menjadi lebih matang apabila menjalani kehidupan di dunia ini.... InsyAllah ...

Tuesday, February 15, 2011

TeNtAnG AkU dAn DiA


semalam rasa seronok bila dapat berita dari kawan aku tentang Dia. Aku rasa lega dia baik2 sahaja. sebab aku dh lama tak dengar khabar dari Dia. sebelum dia balik dari rumah kawan aku tu Dia ada pesan sesuatu kat kawan aku.. Dia kata jaga diri baik2 jaga kesihatan dan yang buat aku tiba2 nangis bila ayat dia srh aku jangan nangis2 dan jangan mudah mengalah tempuhlah ujian tu dengan rela dan sbr....


aku tak sangka Dia ingat lagi kata2 Dia penah bagi kat aku sewaktu Dia last msg dengan aku.. tu la ayat Dia bgi kat aku sampai sekrg aku msh igt kata2 Dia tu..lps tu kawan aku cakap kat Dia, 'kalau nad dengar pesanan ko ni mesti nad nangis...' Dia cakap kata kat nad janganlah nangis2.. kalau aku ada jdh dengan dia adalah ..srh nad jaga diri dia baik2 dn sampai kan salam kat nad juga...


bila aku dapat tahu.. aku happy tapi dalam happy2 hati aku menangis aku pun tak tahu napalah aku mudah nangis sejak akhir2 ni...adakah sebab aku terlalu rindu kat Dia?? adakah sebab aku geram dengan kawan laki aku yang sorang tu..?? lagipun memang aku semalam ada geram dengan kawan laki aku tu. sebab dia ugut2 aku pula... ada ker patut dia cakap aku nk promot gbr gf dia padahal gbr tu ada juga aku sekali... aku tak ingin lah nak jual kawan aku ..igt aku apa... igat aku ni mak ayam ker nak jual2 orang... hisshhh.. tak ingin aku nak jadi cm tu.. buat tambh lagi dosa yang dh sememangnya byk dosa.. ni.. lps tu aku mls nak pnjangkan ceriter dn malas la nak gdh ngn dia aku tukar juga gbr profile aku tu...


aku rasa masa tu nak je gi asrama laki lps tu lmpang2 kawan aku tu... sbb buat gf dia cm tu.. dah la gf dia tu kawan aku juga.. kesian aku tgk kawan aku tu dh mcm orang mati suami dh... so nak tak nk aku tukar je lah.. klu aku tak tukar kwan lki aku tu cakap dia tak nk msg gf dia... mne lah aku tak bengng seng je dia cakap cm tu... ikut kn hati aku tgh geram ni aku nak je cekik2 sampai reti bahasa skit... eiiiiiii geram yer aku thu


tak....nad sabr nad sabr.. jangan marah2 nad nnti jadi lain pula.. ko tu tak boleh nk pns baran sangat nnti mula lah jadi lain...oklah aku try to be cool ok even hati aku ni tgh pns dn sakit.. tapi sbr je selagi boleh sabr btul tak... oklah sampai sini jerlah dulu ceriter aku ... sebelum terlupa aku betul miss sgt2 kat Dia...aku harap boleh la jumpa dia walaupun kejap je.. ok lah chow dulu... bye2 peace senyum2 selalu ^_^

Sunday, February 6, 2011

SuKa DuKa SemAsA CuTi MiD sEm


semasa aku cuti minggu lalu, pelbagai peristiwa yang aku alami. ada yang gembira, ada yang sedih dan ada juga yang marah bercampur benci.. kiranya pelbagai perasaan lah aku alami time cuti hari tu. waktu aku berada di kl, aku hanya duduk di rumah sahaja.. tanpa kemana2.. itulah rutin aku bila balik kl. aku pun tak tahu kenapa bila aku semakin dewasa aku semakin jarang keluar rumah.. aku sendiri pun tak pasti kenapa??... kalau aku keluar sekali pun hanya atas urusan luar sahaja kalau tak tak delah aku nak keluar saja2..
bak kata my mom aku ni anak yang baik sikit takde nak keluar2 merayap sebab tu anak mak yg sorang ni tak thu sangat jalan kl even dah lama duk kl... bukan aku tak tahu langsung ada juga lah yang aku tahu...dan aku ni dh lama tak balik kl tu yang kepala
aku terpusing2 nak ingat jalan balik ... bila my mom cakap cm tu aku sengih2 je cam kerang busuk dh nak buat
cmner time tu aku dh rasa malu dh tau.... yang adik beradik aku pula duk gelak kan aku je tahu...sabar jelah aku.. tapi aku rasa lain sangat time tu..sebab dah lama family aku tak berkumpul bersama2. rasa seronok sangat2 dan kebetulan semua time tu ada kat rumah. yang buat paling aku gembira ialah abang aku dengan kak ipar aku balik rumah. aku seronok sangat tak delah rasa sunyi jer rumah dan aku pun dah lama tak jumpa diorg rindu ssgt kat dorg tau...rindu yang tak terkata...kalaulah diorg tahu aku rindu kat diorgkan bagus...^_^
tapi aku selalu sembunyikan perasaan seberna aku... aku buat2 la yg aku langsung tak kisah dengan kepulangan diorg. padahal dalam hati aku gembira sangat dan aku pun gembira juga dapat jumpa dengan family aku.. apa2 pun aku tetap sayangkan family aku... diorang lah segala2nya buat aku...
lepas aku ceirter pasal kegembiraan aku aku nak ceriter lah sikit tentang kesedihan aku... aku ada terasa dengan someone... aku terasa sangat dengan kata2 dia... walau pun kata2 dia kalau orang lain dengar biasa jer tapi bagi aku kata2 dia buatkan aku menangis tak terhnti2.. senang jer air mata aku ni nak jatuh.. bila aku teringat kata2 dia mesti aku sedih sangat..... setahu aku aku ni bukanlah senang nak nangis sebabkan kata seseorang tapi bila dia jer mesti aku nangis... mesti aku terasa sangat... aku sendri pun tak thu.. tapi apa2 yang di buat kat aku aku tetap sayang kan dia... sampai bila2.. sebabkan dia aku ada di dunia ini.... aku bersyukur sangat sebab dia memberi peluang kat aku untuk lihat dunia ini.... terima kasih ayah... alang tetap sayang ayah walaupun ayah tak faham alang ni cmner... tb2 jer air mata aku ni mengalir... dah .. dah lah nadzirah nangis... kuat betulkan aku nangis haha...
ok.. aku nak kongsi ceriter yang sangat kelakar pula tak sangka ni dah kali ke berapa ntah orang cakap aku ni dh kawin .. hahaha aku rasa kelakar jer... sebaik lah tak da orang tyer dah ada anak ker.. kalau ada orang tyer cm tue memang aku gelak besarlah depan orang tu... sebenarnya aku pun pelik juga.. bila ada orang cakap aku ni dah kawin.. aku pun sendiri tak thu bila aku kwin dan aku sendiri pun tak thu pula yang aku ni dah ada suami pelik btula diorg ni .. ada ker muka aku ni cm orang dh kawin padahal aku ni nmpk cm bdk2 adalah... hahahaha dan aku rasa tak sesuai lagi untuk berkawin... walaupun sepupu2 aku selalu mengusik aku dan bertnya siapa lah aku punyer buah hati.... aku hanya senyum kalau tak pun aku gelak jer.. tu jer aku mampu sebab aku sendiri tak pasti dengan hubungan aku sekrg dan aku mula tak faham dengan perasaan aku sendiri... konflik betulkan bila sentuh bab soal hati ni... aku sendiri pun tengah alaminya tapi yang aku pelik .. bila kawan2 aku alami masalah cinta boleh pula aku tolong selesaikan.. pelik2 bila diri sendiri terumbang ambing tak thu nak selesaikan cmner kn... hehe...
takpe buat masa ni aku cuba tumpu pada yang lebih pnting lagi iaitu study... aku... aku harap aku dapat hbs kn dengan jayanya pengajian aku di kuantan harap2 mak ayah aku bangga dengan kejayaan aku nnti insyallah... aku tak sanggup buat diorang semua kecewa lagi lbh2 lgi orang yang aku sayang... ok sampai disini jer dulu kisah kehidupan aku bye2 peace senyum selalu ^_^




Wednesday, February 2, 2011

KebOsAnAn...


time cuti ni aku tak tahu nak buat apa.. kalau aku nak keluar jalan2, aku nak keluar dengan sapa bukan ada member kalau keluar sorang2 bosan pula lagipun aku pun bukan berani sangat nak keluar rumah sorang2. erm... kalau duduk rumah aku 24 jamlah menghadap laptop kalau tak menghadap laptop aku tengok tv, kalau tak tengok tv pun kerja aku dengan membaca novel. tak kisah lah novel islamik or tak semuanya aku baca.. sampai kan novel kanak2 pun aku layan itu tandanya aku dah bosan sangatlah tu huhuhu~~~ sebenarnya aku ada assigment kena buat. tapi tak da rasa lagi nak buat.. maklumat pun ada yang belum cari lagi erm... kenapalah aku malas sangat ni??assigment makin lama makin banyak.... erm.. buka sem ni dengar2 bnyak 


ujian yang menanti.. aku dh lah tak ambik ujian statistik lagi cmner ni...??
kenapalah aku kena ulang balik statistik ni??? dh lah statistik itu pelajaran yang aku tak minat.. kalau bi aku boleh tahan lagi tapi ni statistik boleh naik gila aku dengan pelajaran ni....aku pelik sungguhlah benda yang tak suka benda tu lah yang aku kena ambil berulang kali cmner ni...?? ikutkan hati nak je time exam aku tiru tapi kalau kena tngkap padan muka... akulah sapa srh tiru time exam.. aku nak buat cmner lagi, dh mata pelajaran tu aku tak minat lngsung... ya Allah tolong lah.....aku tak nk kena ulang statistik lagi.... aku nak buat cm ner ni dah memang aku lemah dalam kira2 ni.. aku tak minat lngsung dari kecil lagi... aku tak tahu nak pupuk cm ne 


bgi aku minat statistik....
kan seronok kalau statistik ni ada campur2 ngn unsur islamik minat lah juga aku.. nak belajar tapi tu mustahil.. sbb bnda tu mmg dalam bdng kira2 mna boleh dh ubah....wahhh nak nangis aku bila aku fikir pasal statistik ni... takpe2 nad sabar nad.. jangan putus asa ok.. aku tahu ko boleh nad... jgn mengalah sudah lah yer... hehehe~~~ erm.. dh lah cakap pasal statistik bosan pula aku hehe.. ok aku nak cakap malam ni agak bosan lah juga. aku nak tidur tapi mata tak ngntuk lagi.. cam biasa hobi aku time2 malam cmni apa lagi dengar lagu sambil2 baca novel kalau tak pun duk update blog jerlah kerja aku... erm.... bosannya... takpela.. sampai sinilah aku tulis diari tentang kehidupan aku sebab aku nak prgi tengok ceriter jap... nnti aku sambung lagi yer.. bye2 aku chow dulu peace ^_^

Tuesday, February 1, 2011

KeRisAuAn PaDa KaWaN-KaWaN Di MeSiR


hari itu aku dengar berita sekarang ni, mesir tengah huru-hara. kat sana telah berlaku rusuhan risau sangat keadaan kawan2 kat sana. nak nangis pun ada. sbb tak thu khbr berita diorg. ada ker diorg selamat aku tak thu. tapi aku harap sangat yg diorng semua selamat dan tidak berlaku perkara yg tidak baik kat diorg.. tb2 jer hati aku jadi tak keruan dn risau sekarang nie, macm2 aku fikirkan.. adakah diorang selamat?? adakah diorang terlibat dengn rusuhan ?? adakah diorang selamat kalau terus2 tetap kat situ?? aku rasa risau sangat ttg kawan2 ku yang ada disana. semalam aku dengar rusuhan kat mesir semakin menjadi semakin teruk . risaunya harap2 diorang semua selamat dan dapat perlindugan dari Allah.. aku harap keadaan kat sana 


kembali tenang seperti sediakala dan aku tak sabar nak dengar khbar diorang semua..
harap2 tiada yang berlaku apa2 kat diorang.. kawan2 ku yang berada disana, nad doakan keselamatan korang semua disana. dan korang selamat pulang ke tanah air berjumpa dengan keluarga masing2. dan nad harap dapat lah berjumpa lagi dengan kawan2 semua... qudus, kak syita, azie, syahirah dan kawan2 lain harap selamat lah dekat mesir.. dan hari ni tiada mood nak senyum sebab bimbang kn kawan2 disana.... =(

Monday, January 31, 2011

CuTi SeMeStEr

Yes! finally aku pulang juga kat kl. aku rasa dah dua bulan aku tak pulang rumah... bapak lah seronok. tapi ada pula sesuatu yang berlaku ... semalam aku tergaduh dengan mak aku dan adik aku. wahhhh tensionlah mula2 tu ok jer ntah macam mana boleh pula gaduh serabutnya aku. aku pula tiba2 naik angin dan marah2.. hurm... ntah aku pun tak tahu napa dengan aku ni mudah sangat nak naik marah... arrggghh... aku ni kena berubah ni.. kalau aku tak berubah2 dari sifat marah ni.. alamatnya semuanya larikan diri dari aku hahahaha..

baru aku tahu time tu cm ne kena hidup sorang2 kan hahaha padan muka sapa suruh jdi panas baran sgt hahaha... ala nak buat cmner... dh terikut perangai ayah yang pans baran tu. tapi tu dululah sekrg ni ayah aku dh tak pans baran dh ayah aku dh jadi seorang yang sporting kot hahaha...aku sendiri pun tak pasti
ok balik pada topik aku, aku dah lama tak balik rumah sebab kesibukan aku di kolej ( padahal mak tak kasi balik hahaha) dan aku semangat nak jumpa kucing kesayangan aku. tapi yang sedihnya bila aku pulang, tinggal dua ekor jer kucing aku. 


dan dua lagi ntah hilng kemana. bila aku tanya my mom, my mom kata mybe diorg sesat tak jumpa jalan balik tu yg kucing tu ada orang ambik dan tolong jagakan kucing tu....wahh bila dengar my mom cakap cm tu rasa nak nangis jer... dh lah aku sayang sangat kucing aku tu walaupun kdg2 aku suka mrh diorg tapi aku ttp syg diorg ....
sedihnya tak sempat aku nak jumpa dengan 2 ekor kucing aku yang comei tu dah hilng nth kemana.. takpela nak buat cmner kalau aku nangis pun bukan kucing aku tu datang balik... apa2 pun aku harap kucing aku sihat dn dapat tuan yang baik harap2 cm tu lah..... ok lepas aku ceriter pasal kucing kesayangan aku.. aku nak ceriter tentang aktiviti aku time cuti kali ni.

ok esok aku cadang nak siapkan assigment aku yang tergendala2 harap2 semua settle esok. aku cadang nak jumpa kawan sekolah aku, tapi tak thu bila. kan senang kalau aku ada kereta boleh bawa aku pergi mana2 yang aku suka. ( sebernanya nak bawa kereta pun tak reti ada hati nak bawa jln2) hahaha... buat masa ni aku dh tiga hari kat rumah, kerje aku tido, makan,on9, bca nvel, msg. gayut telefon ngn kawan dan selebih yer tido jer lah. yela bygkan tido nak cakap awl tue tak delah awl tapi bgn bapak lah lwt ,pukul 4 or 5 ptg bru bgn.


cm ni ke anak dara hurm kalau mak mentua thu perangai aku cmni rasa awl2 lagi dh kena reject hahaha.... tapi aku cadang hari mggu nnti aku nak masak soto ayam. tb2 terasa nak makn soto . dah lama tak makn. wahh tiba2 aku terliur dn rasa lapar pula bila fikir pasal soto ayam. oklah dh pukul 4 pagi dh ni.. aku nak msuk tidur dulu ek.. tapi sebelum masuk tidur aku nak gi masak roti telur dulu tb2 perut aku rasa lapar pula.. hey cmner la nak trn brt bdn cmni kalau mlm2 pun makan lagi hahahaha.. ok chow dulu... peace ^_^

Wednesday, January 12, 2011

HaTi SeMaNgAt JaNgAn PuTuS AsA


hati kenapa kau merasa lemah, putus asa, sedih, letih kenapa wahai hatiku??? kenapa??? kenapa kau merasakan seperti itu?? sebelum ini kau tidak pernah seperti itu... kau tidak pernah merasakan seperti sekarang.. kenapa hati kau semakin hari semakin lemah .. adakah silapku kerana terlalu membiarkan hatimu menyimpan pelbagai masalah sehingga engkau tidak mampu untuk bertahan lagi... bersabarlah wahai hatiku demi tuanmu yang sedang memerlukan kekuatan untuk bangkit semula . aku memerlukan kau hati ku janganlah kau tinggalkan aku sendirian. berilah aku sokongan dan dorongan wahai hati ku... aku bergantung pada mu untuk aku bertahan dan hanya tempat aku luahkan rasa hatiku ini.

ya Allah berikan aku kekuatan hati untuk aku meneruskan perjuagan ku dalam medan ilmu Mu ya Allah ... bantulah aku dan pimpinlah aku ya Allah hanya pada Mu aku bergantung harap dan hanya pada Mu aku memohon pertolongan. ya Allah kenapa aku jadi seperti ini... kemana hilangnya nadzirah yang dulu??? nadzirah yang tidak penah kenal putus asa, yang tidak penah pedulikan kutukan orang,yang tidak peduli sama ada orang benci atau sukanya kemana hilng nadzirah itu??? aku sendiri tak tahu. tapi mulai saat ini aku akan cuba mengubah segalanya. aku akan cuba menjadi yang positif dan menjadi seorang yang ceria. aku akan cuba untuk menjadi seperti nadzirah yang dulu. nadzirah yang sentiasa ceria dan sentiasa senyum. aku rindukan nadzirah itu.

so apa lagi wake up!! nad!! i know u can do it so dont give up !! ok!!! ok sekarang kita tutup buku yang penuh dengan kesedihan dan kita buka buku yang baru iaitu buku yang penuh dengan keceraian..hahaha... aku akan move up diri aku ke arah yang lebih baik... aku tak nak dah lukakan orang sekeliling aku insyallah... tapi aku tak boleh janji sebagai manusia kadang2 kita akan buat orang terluka sama ada secara sengaja or tak sengaja..so aku minta maaf kalau aku ade buat siapa2 yang terasa or sakit hati... dan satu lagi aku harap orang lain mampu terima aku seadanya... aku pun ada kelemahan sama seperti orang lain so aku harap siapa2 yang tak puas hati dengan aku slow talk dengan aku atau berhadapan dengan aku lah yer.. aku tak suka orang cakap belakang2 nie... dan kalau nak tegur tue silalah cakap baik2 yer... jangan nak cakap berlagak sangat dengan aku . aku takut jer..silap hari bulan korang kena sembur balik dengan aku hahaha... so pandai2lah korang bila aku dh mula naik marah jangan salahkan aku lah ok.. sebab aku dah pesan kalau nak tegur boleh tapi perlu secara berhikmah.. peace ^__^