Thursday, July 21, 2011

AsSiGmEnT oH AsSiGmEnT


Dah lama tak Update Blog kesayangan aku ni..... rasa rindu pula pada blog aku ni.... sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku memang sibuk sikit dengan kelas dan assigment... minggu ni memang sibuk.. sampai kan aku rasa penat je....assigment pun dah mula banyak... dah tu kelas aku yang aplikasi komp tak masuk-masuk lagi.. macam mana ni....runsing-runsing.... 

 kelas pengantar pun sama juga... aku jadi takut nak masuk 2 kelas ni... tapi apa -apa pun aku mesti kuat aku kena habiskan mata pelajaran yang aku ulang sem ni... aku tak nak tangguh lagi dan aku dah tak sanggup dah nak duduk kat kolej aku ni ..hehehe.. :P 

aku harap sem ni aku kuat dan aku boleh tempuh semua dugaan yang Allah berikan pada diri ku... aku taknak dah jadi lemah atau putus asa... aku taknak dah jadi macam sem-sem lepas... yang hidup tak tentu hara je... biarla aku habis kan pengajian aku kat kolej ni dengan cemerlang... aku harap sangat...

oklah sampai disini jerla coretan dariku... sebab mata aku petang-petang ni dah ngatuk jadi aku nak tido jap la hehehe..... salam sayang untuk semua...  

P/s assigment berlambak-lambak bila lanak siap hehe :)

Saturday, July 2, 2011

LuaHan HaTi KeCiK Ku


tinggal sehari lagi aku nak pergi ke kolej untuk pendaftaran.. tapi aku rasa seperti tak sedia je lagi.. kenapa ek??? kenapalah aku jadi macam ni.. setiap kali buka sahaja semester baru perasaan ini mesti ada kat diri aku.. aku rasa takut, gelisah, tertekan dan pelbagai perasaan lagi yang aku rasai.. mungkin sebab aku dah terlalu lama cuti ke ataupun aku sendiri takut nak lalui lagi kehidupan di sana. aku sendiri pun tahu... 

sekarang ini aku cuba untuk menjadi kuat dan tabah apabila menghadapi  suatu masalah. aku cuba bangkit semula supaya aku bersemangat semula... aku harap aku boleh bangun dari kesedihanku ini.aku juga harap selepas ini aku lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan.walaupun kadang-kadang aku merasa  putus asa dan lelah.. tapi  aku terpaksa juga lalui semuanya. kerana ianya telah diaturkan oleh Allah untuk hambanya...

dan aku harap semester kali ni aku dapat buat yang terbaik.. janganlah aku main-main lagi.. aku dah tak sanggup nak ulang semester lagi... aku tahu tu salah aku sendiri tapi biarla kali ni aku buat yang terbaik untuk diri aku, kelurga aku dan yang paling penting aku nak buktikan kepada semua yang nadzirah ni boleh berjaya dan satu hari nanti berguna juga untuk masyarakat, negara dan Agama juga....

dan masa aku tulis coretan hati ku ni... aku sibuk mendengar lagu korea....tak boleh blah kan...dengar lagu jiwang-jiwang macam tk sesuai je dengan jiwa aku hehehe....entah aku sendiri pun tak tahu kenapa malam macam ini aku layan lagu jiwang pula haha.... ok sampai disini coretan hati ku...akhir sekali aku sediakan video lagu yang aku suka hehe


p/s lagu ni tak ada kaitan pun dengan entry kali ni saja-saja je letak hehe... :)

Monday, June 27, 2011

KaWaN AtAu CiNtA


aku tidak pasti  dengan perasaan aku ni.. adakah aku suka kat dia.. ataupun aku sayang dia sebagai kawan  aku pun tak pasti dan tak mengerti dengan perasaan ku ni. lagipun dia kawan lama ku.. walaupun dia tak ingatku tapi aku ingat dia... aku pun tak tahu kenapa boleh ingat dia...tapi aku tak sangka pula aku boleh sukakan dia...walaupun hatiku dah dimiliki.. aku sekarang ni  tengah keliru dengan perasaan aku sendiri...

sebenarnya aku dah lama tak chatting dengan dia..dulu ada juga chat dengan dia tapi sekarang ni tak dah... aku rasa macam dia marahkan aku.. tapi aku tak pasti apa yang dimarahkan kat aku.. bila aku lihat dia on 9 aku nak tegur dia dan tanyakan khbar dia tapi aku takut..aku takut dia marah ataupun gangu dia.. aku selalu ingat kat dia... kenapa lah aku ingat kat dia...tolonglah aku tak sanggup dah lalui perasaan ni... rasa terseksa.

setahu aku ni aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta... aku pasti sebab aku tak suka dengan lelaki..aku selalu garang je dengan laki aku jaranglah berlembut dengan laki.. melainkan laki tu baik dan tak menyakitkan hati aku baru aku berlembut sikit...dengan laki.. mungkin aku suka dengan dia dan tertarik dengan dia mungkin sebab sikap dan perwatakan dia... bagi aku dia seorang kawan yang baik... dia suka bagi nasihat..

aku bila cerita masalah aku kat dia, dia cuba memahami dan memberi semangat kat aku..mungkin sebab tu aku selesa dan suka nak berkawan dengan dia... selama kitorang sekolah sama kat sekolah rendah dulu, aku jarang cakap dengan dia... sebab dunia aku dengan dia berbeza.. dia budak pandai lepas tu pengawas pula tu...aku pula suka buat masalah lebih-lebih lagi dengan pengawas..sebab aku anti dengan pengawas...

dulu masa sekolah bila terserempak dengan dia atau ternampak dia mesti aku jadi segan dengan dia..pernah lah kitorang cakap tapi jarang sebab kitorang jarang kelas sama..dia memang baik masa sekolah dulu sekarang pun  masih sama je dia..cuma yang berubah fizikal dia je... muka semua masih sama tu yang aku boleh cam dia..lagi...bila dia tanya kat aku kenal ke dia...aku cakap la kenal 

cuma dia je yang dah tak ingat..aku sedihnya aku tapi nak buat macam mana sebab memang dah lama tak jumpakan..tu yang dah tak ingat dah tu hehe..yela lepas habis sekolah rendah je masing-masing dah bawa haluan masing-masing tu yang dah tak ingat dah kawan2 lama tu..tapi takpelah yang pasti aku masih  ingat lagi kawan-kawan lama ku...aku rindu dekat mereka semua.. hehe..

walaupun aku suka dia.. tapi aku suka dia dalam diam je. aku tak ada rasa nak bagi tahu kat dia... biarlah perasaan ni aku dengan Allah je yang tahu...tapi ada sesuatu perkara yang aku pasti, aku tahu dia suka dengan seseorang dan seseorang tu kawan lama kitorang juga..walaupun dia tak gitahu tapi aku dapat rasakan yang dia suka kawan kitorang tu... 

apa-apa pun aku hanya berdoa je untuk dia.. walaupun dia tak tahu aku suka dia  aku tetap sayang dia dan masih anggap dia kawan lagi .. lagipun ada perpatah mengatakan cinta tak semesti dimiliki jadi aku pun tak kisah asalkan dia bahagia .. sudah cukup buatkan aku gembira..  akhir kata sampai disini coretan hatiku... nanti ada masa aku akan sambung cerita ku yang bosan ni... salam sayang untuk semua... ^_^



p/s aku suka dengan lagu baru irfan makki dengan maher zain ni ^_^



CuTiEs BaBy GuRlz


3 hari yang lepas, family aku pergi ke penang.. aku rasa seronok dan teruja sangat sebab nak pergi melawat anak buah ku dan keluarga menantu abang ku... di sana... bila aku dah sampai sana aku rasa gembira dan tenang  melihat padi-padi menghijau.... suasana ketika itu indah sangat... biasa la kampung memang rasa tenang dan damai je kan... aku suka suasana seperti tu.... tapikan aku lupa pula nak tangkap gambar pemandangan padi tu ruginya .. kenapa la aku tak terfikir nak tangkap.. mungkin sebab teruja kot tengok suasana macam tu.. yela kat kl mana ada padikan tu yang bila tengok padi tu semua benda pun boleh lupa...

ok berbalik pada cerita aku... sewaktu dah sampai kat rumah mak mentua abang aku... kedatangan kitorang disambut baik... aku pun rasa seronok je hubungan keluarga ku dengan mentua abangku  baik.. aku gembira melihat suasana tu...lagipun keluarga menantu abang ku sememangnya baik.. adik beradik kak long aku pun baik2 seronok kenal dan bual dengan diorang semua tu...ketika aku melihat anak buah ku , aku rasa macam tak percaya je yang aku dah jadi makcik dan abang aku dah jadi ayah... cepatnya masa berlalu...masing-masing dah besarkan... rindu zaman kanak-kanak. lepas ni giliran akak ku pula kawin... aku tak sabar menantikan kedatangan hari tu hehe...

 semasa aku kat penang aku rasa seronok je... kerja aku makan je.. asyik-asyik makan aku pun tak tahu bila la aku nak kawal makan aku ni hehe.. selera aku kat sana bertambah-tambah  mungkin sebab aku gembira sangat dapat anak buah..dan aku suka melihat masa humaira tidur.. kalau dia tidur.. dia asyik-asyik senyum lepas tu suka mengeliat.. aku tengok pun comel je humaira buat cam tu... dan lagi satu humaira ni tak kisah pun kalau orang bising-bising dia tetap tidur... kuat betul anak buah mak lang ni tidur.. mak lang rindu kat humaira... humaira cepat-cepat la besar mak lang tak sabar nak tunggu humaira boleh bercakap hehe....

akhir sekali apa-apa yang berlaku kat penang sama ada gembira, sedih, bengang, benci dan pelbagai lagi perasaan yang aku alami semasa disana aku tetap rasa  bersyukur dan gembira sebab  dikurnia sebuah keluarga yang baik dan bahagia walaupun kadang-kadang bergaduh, aku tetap sayang kan mereka semua tu...ok sampai disini dulu coretan hati ku... kalau ada masa nanti aku sambung kembali coretan hati ku ni... salam sayang untuk semua...^_^


Tuesday, June 21, 2011

AbOuT Me


Sekarang ni aku amatlah bosan tak tahu nak buat apa.. jadi tiba-tiba aku rasa nak buat tentang diri ataupun  macam buat biodata diri macam waktu budak-budak dulu hehe...oklah  aku akan mula tentang diri aku dulu :

~ Nadzirah~
~21~

~Selangor~
~30/08/1990~

~HuKl~
~Nadzirah, Zira, Ira, Nad, Azie, Kiah & Jijah

~Memasak, Mengarang, Membaca, Melayari Internet, Mendengar lagu & Menangkap Gambar~
~Korea, Japan, English, Indon & Nasyid~

inilah sedikit tentang diri ku.. kawan-kawan ku selalu memanggil ku dengan nama nadzirah atau kiah tetapi sewaktu aku masuk darjah 6 aku dapat panggilan baru iaitu Jijah. semuanya gara-gara Sir Jan aku  yang ajar 

bahasa english ketika tu... masa tu Sir tanyakan namaku aku cakaplah nadzirah. entah macam mana Sir dengar aku sebut tiba-tiba jadi siti Nurhaliza dan akhirnya sir tukar nama aku kepada Jijah.. wah betapa aku tak suka sir aku bagi nama tu 

sejak tu kawan kelas aku 6 gigih panggil aku dengan nama Jijah... dan apabila  diorang nak mengusik aku diorang suka nyayi satu lagu iklan telefon dan waktu tu sangat terkenal lagu tu.. aku pun lupa lirik lagu dia macam mana tapi adalah sebutan jijah tu.. mula-mula tu aku jadi geram tapi lama kelamaan aku jadi tak 

kisah..dan nama tu terus melekat sampailah aku tamat darjah 6... selepas aku tamat belajar di sekolah rendah aku berpindah ke maahad tahfiz.. waktu tu aku sedih sangat sebab tak dapat bersekolah bersama-sama dengan kawan-kawanku yang sewaktu sekolah rendah..dan aku pun terus terpisah daripada mereka semua...

sewaktu aku di maahad tahfiz kuala selangor aku tak sangka aku akan bertemu dengan seorang yang sama dengan nama ku ejaan nama pun sama... sehinggakan untuk membezakan kita orang berdua  aku di panggil zira dan kawan ku ira... aku rapat dengan ira ni sebab waktu kelas memang aku duduk bersebelahan dengan 

dia.. ira ni kalau nak tahu dia ni comel, kecil, baik, dan  yang paling dia tak suka dengan lelaki... Kawan ku ira ni jarang-jarang sangat cakap dengan lelaki sebab dia tak penah sekolah campur dengan lelaki  sebab itu dia jadi tak selesa dan janggal... lagi satu  yang aku suka ialah buli dia .. aku suka buli dan mengusik dia..

kadang-kadang tu dia geram juga dengan sikap aku tapi sebaik dia faham aku. aku ni hanya suka bergurau je...tiba-tiba aku rindu sangat dia sebab dah 8 tahun tak jumpa dia.... sebaik dia masih ingatkan diri aku ini.. kalau tak aku merajuk dengan dia tu hehe..... oklah sampai di sini coretan ku lain kali aku akan sambung kisah hidup ku ini...






Monday, June 20, 2011

Baby Girlz


15.6 adalah hari sejarah buat diri ku dan keluargaku... kerana hari itu adalah hari pertama ayahku dan ibuku mendapat cucu sulungnya dan aku telah pun jadi makcik walaupun umur masih muda ....sewaktu abangku menghantar 'message' kat hp aku, aku tak perasan sebab aku masih tidur lena lagi hehe... biasa la aku selalu tidur lewat , bangun pun lewat jugalah .. bila lah nak ubah sikap buruk aku ni hehe....

berbalik pada cerita aku. ketika aku dah bangun dari tidur aku pun seperti biasa periksalah hp aku  kalau-kalau ada orang 'call' aku atau hantar 'message' kat hp aku. bila aku tengok tertera perkataan abang.. aik? kenapa abang aku hantar message kat aku... tak penah-penah hantar ni tiba-tiba je hantar pelik-pelik.. yelah mana tak pelik abang aku jarang hantar message kat aku kalau dia hantar pun mesti ada urusan penting atau ada benda penting nak bagitahu kat aku.

 lepas tu aku pun cepat-cepat buka message tu dan apabila aku dah habis baca bertapa seronoknya aku dan aku terasa seperti nak melompat-lompat kerana masa itu aku begitu teruja sekali menerima berita yang mengembirakan ini.. 

Inilah muka aku masa aku dapat tahu  berita tu tapi tak adalah comel macam gambar kartun ni sebab masa tu baru bangun tidur faham-fahamlah  korang ek hehe


aku pun tak sangka yang kak ipar aku  awal bersalin sebab setahu aku, kak ipar aku di jangka bersalin pada 20 haribulan tak sangka pula awal 6 hari..

apa-apa pun aku gembira semuanya selamat tak ada apa-apa masalah pun berlaku.. dan berharap hubungan abang ku dan kak ipar ku akan berkekalan hingga ke syurga dan aku sangat menyayangi mereka.. dan aku harap juga kebahagian ni akan terus kekal selamanya...

Akhir kalam ku aku nak tunjuk inilah anak buah ku yang pertama 

ini dia baby girlz tu nama dia amshar humaira comelkan  anak buah ku ini.. moga bila besar nanti  anak buahku ni menjadi anak yang baik dan solehah amin... :)

Friday, June 17, 2011

TiMe To DiEt...


Sekarang ni aku ,semakin hari semakin tembam. lebih-lebih lagi waktu ni aku tengah cuti semester makin naik lah berat badan aku..dan makin comel la aku ni... ( perasan sendiri) la yelah siapa nk puji aku kalau bukan aku sendiri puji diri aku...haha....
 Dulu aku tak penah risau tentang berat badan aku..  aku tak kisah orang lain nak kata apa kat aku .. Diorang
tu hanya tahu mengutuk, mengutuk dan terus mengutuk je...
Salah ke kalau orang yang badan agak comel nak bahagia??? lagipun aku tak kacau hidup diorang tapi kenapa diorang kacau hidup aku . aku pun tak tahu...
dan sekarang ni aku peduli tentang berat badan aku sebab aku risau aku sakit je.... yelah keluarga aku pun nasihatkan aku suruh turun berat badan.. bukan aku tak nak tapi aku tengah cuba nak turun kan berat badan aku ni...  aku pun malu dengan diri aku seperti ni..
sebenarnya aku ni bukanlah memang asalnya gemuk.. dulu aku kurus entah macam mana bila naik je tingkatan 3 berat badan aku naik tanpa aku sedar...dah tu naik mendadak... bila aku fikir rasa macam nak nangis je.. yela adik beradik aku semuanya kurus aku dengan abang aku je tembam...tapi pasal abang aku tu tak kisah sangatlah dah kawin tapi aku ni belum kawin lagi dah ada orang  panggil aku dengan panggilan yang aku benci dah tu ada orang anggap aku ni dah kawin..
entah bila masa aku kawin entah suka-suka je cakap aku dah kawin kenal aku pun tak.. dan kadang-kadang aku layankan saja bila ada orang kata aku dah kawin seronok juga aku kena kan orang tu... bukan lah niat nak kenakan tapi orang tu dah cakap macam tu aku pun mengangguk saja apa orang tu cakap hehe.....
sebenarnya dalam sudut hati aku ni tak kisah kalau gemuk ke kurus bagi aku yang penting sihat... aku nak sihat. aku tak nak sakit. kalau aku jatuh sakit nanti aku menyusahkan orang jaga aku... aku taknaklah macam tu...
 dan satu lagi aku peliklah dengan kaum adam ni kenapa bila orang gemuk  je diorang suka sangat  mengutuklah mencacilah dah tu ada yang sanggup mempermainkan perasaan orang .. lagipun aku pun pernah rasa semua tu dan ianya betul-betul menyakitkan hati aku...lagi satu aku paling pantang kalau ada budak lelaki usik atau ejek adik-adik junior aku yang berbadan besar memang budak lelaki tu menempah maut dengan aku lah.
.aku ni bukanlah suka cari gaduh tapi kalau ada orang yang mengusik orang yang aku sayang mulalah memang aku akan jumpa lelaki tu depan-depan..
 diorang tu tak ada perasaan ke asyik menghina orang je... tahu lah muka tu hensem ,kacak, kurus dan tinggi lampai tapi tak payah lah nak hina-hina orang diorang tu tak fikir ke perasaan orang lain.. disebabkan ini juga lah aku nekad dan berazam untuk turunkan berat badan aku ni...
aku harap berat badan aku dapat turun sebelum raya ni.... dan aku nak buktikan kepada semua  orang yang aku boleh lakukannya..
Akhir kata daripada aku kurus untuk sihat bukan untuk nak tunjukkan kepada orang lain.. oleh tu marilah kita menjaga kesihatan daripada sekarang.... ( eh dah macam berkempen pula hehe)  salam sayang untuk semua....  ^_^